Famili

Rupanya Salah Masak Kentang Guna Suhu Tinggi & Terlampau Lama, Risiko Anak Kanser!

19
SHARES
cara masak kentang

Kentang merupakan antara makanan yang sering dijadikan menu utama dan sampingan buat anak-anak. Tidak kiralah dijadikan sebagai menu kentang putar, bersup atau bergoreng, pemilihan kentang dan cara memasaknya perlu diberi perhatian. Hal ini kerana ramai yang menggunakan cara masak kentang secara bersuhu tinggi.

Apa yang bahayanya? Kalau anda nak tahu, makin tinggi suhu dan lama proses memasak yang dilakukan, maka makin banyak terbentuk acrylamide yang boleh beri risiko toksik dan kanser buat anak-anak. Risau!

CARA MASAK KENTANG YANG BETUL BUKAN GUNA SUHU YANG TINGGI

Fries untuk anak yang kita goreng dalam air fryer bukanlah pilihan lebih baik. Goreng kentang dalam kuali, guna suhu tinggi.
Goreng kentang dalam deep fryer, guna suhu tinggi. Goreng kentang dalam air fryer, pun sama suhu tinggi 180 darjah.

Kita kena cuba elakkan masak kentang suhu tinggi, sampai ada kesan warna coklat. Bukan sekadar goreng dengan minyak atau tanpa minyak/sedikit minyak. Kena lebih hati-hati kalau anak suka makan fries, atau anak setiap hari makan fries. Kentang bila dimasak dengan suhu tinggi, lebih dari 120 – 150 darjah, akan terbentuk acrylamide. Ini akan beri rasa, warna dan aroma baru pada kentang.

Makin tinggi suhu kita guna, makin lama tempoh kita masak, makin tinggi acrylamide akan terhasil dalam kentang. Kita masak dalam air fryer suhu tinggi, masa pun agak lama untuk garingkan kentang. Ada kajian menyatakan yang acrylamide ni neurotoxin, beri kesan toksik pada otak anak. Juga beri risiko kanser.

Kita bukan tak boleh bagi anak makan kentang tau. Kentang sebenar, bukan fries makanan segera. Kentang real food anak boleh makan. Jom kita tengok 5 cara macam mana nak kurangkan kandungan acrylamide dalam kentang yang kita masak untuk anak.

cara masak kentang

1. Elak simpan kentang dalam peti sejuk. Simpan di tempat yang sejuk dan gelap. Ye, french fries kita beli, simpan dalam peti sejuk beku. Kalau boleh, kita elakkan beli lepas ni. Potong sendiri kat rumah, terus goreng untuk anak.

2. Rendam kentang 15 – 30 minit sebelum goreng, panggang atau grill untuk kurangkan kandungan acrylamide masa masak.

3. Goreng kentang akan hasilkan lebih banyak kandungan acrylamide berbanding bakar dan panggang. Rebus dan kukus kentang, tak hasilkan acrylamide atau kurang sangat kuantitinya.

4. Elak memasak kentang dalam tempoh yang lama.

5. Goreng/air fry kentang sampai warna kekuningan sahaja. Elak masak sampai garing hingga warna coklat. Kita boleh kurangkan banyak acrylamide dalam makanan, kalau kita tahu cara memasak yang betul kan.

Kalau boleh, fries pasaran yang dah siap digoreng mahupun belum digoreng, kita cuba terus elakkan dari anak-anak. Elak terus beli dan simpan di rumah.

Kita cuba buat sama-sama ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×