Sihat

‘Jangan Telan Semua Benda Je..’ Ini Amalan Diet Untuk Pesakit Gastrik Dari Pakar

3
SHARES
tanda sakit gastrik

Mengalami masalah ketidakselesaan pada perut akibat kembung angin adalah dikenali sebagai masalah gastrik. Rasa tidak selesa, mual dan sakit pada bahagian tertentu perut amatlah tidak selesa sekali! Tambah pula kalau tersilap makan, makin parah jawabnya sakit gastrik tersebut.

Oleh itu, ada cara pemakanan yang betul bagi pesakit gastrik untuk menjaga perut daripada kembung angin lagi. Berikut merupakan perkongsian kesihatan dari Dr. Zubaidi Haji Ahmad tentang diet yang sepatutnya diamalkan oleh pesakit gastrik.

Baca juga: Petua Semulajadi Hilangkan Sakit Lutut Guna Buah Lemon

DIET UNTUK PESAKIT GASTRIK

Ramai yang mengadu ada masalah gastrik, tapi tidak mengamalkan diet yang sebenarnya. Lebih teruk ada yang makan sesuka hati, tanpa memikirkan akibat di kemudian hari. Apakah diet sepatutnya untuk pesakit gastrik?

Gastritis (gastrik) adalah keadaan yang mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang. Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.

1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam

2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah)

3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oat, beras perang dan buah-buahan.

4. Jangan tinggal / skip waktu makan utama dan snek

5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.

6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.

7. Berhenti merokok.

8. Minum air yang cukup seharian – 2 liter

MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU MENGAWAL DAN MENGURANGKAN SIMPTOM GASTRITIS IAITU:

1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.

2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.

3. Sayuran hijau – kerana lebih beralkali

4 . Ambil probiotik dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuman Yaku*t. Kimchi pun ada probiotik.

MAKANAN YANG AKAN MENJADIKAN SIMPTOM LAGI TERUK, JIKA ANDA MEMPUNYAI GASTRITIS YANG KRONIK

1. Alkohol

2. Kopi pekat

3. Buah berasidik seperti tomato atau lemon

4. Jus buah

5. Makanan berminyak/bergoreng/bersantan/berlemak tinggi

6. Air berkarbonat

7. Makanan pedas

JIKA SUDAH TERKENA GASTRIK, APA MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU?

1. Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.

2. Kentang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.

3. Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.

Selalunya simptom akan hilang dalam 24 hingga 48 jam selepas mula mengambil makanan lembut. Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa dengan doktor.

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×