Sihat

Petua Semulajadi Hilangkan Sakit Lutut Guna Buah Lemon

8
SHARES

Sakit lutut merupakan antara keluhan yang sering kita dengar dalam kalangan orang ramai. Ada yang mengalami masalah sakit lutut ini apabila kerap berjalan dan ada juga mengalaminya selepas melakukan kerja-kerja berat. Terlalu berlebihan atau tekanan berulang pada lutut mungkin menyebabkan kesakitan, tetapi juga mungkin pesakit mempunyai keadaan perubatan yang mendasari seperti gout atau arthritis.

Ada banyak jenis rawatan yang boleh digunakan termasuklah cara perubatan menggunakan bahan semulajadi. Salah satu perkongsian kesihatan tentang cara untuk menghilangkan sakit lutut adalah menggunakan buah lemon. Ternyata banyak manfaat yang ada dalam buah lemon ini ya!

Baca juga: Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Ekzema, Dah Tak Gatal-Gatal!

Petua Hilangkan Sakit Lutut Guna Lemon

Ramai kan sekarang ni yang ada sakit lutut. Hari tu Kak Ya ade share untuk minum. Hari nie Kak Ya share petua paling simple. Korang tak perlu minum tau, cuma letak je kat lutut yang sakit tu.

Bahan utamanya Lemon. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis. Jom tengok bahan bahannya.

-1 biji lemon

-Kain kapas

-Minyak bijan

1.Memula korang potong 1 biji lemon kepada potongan kecil.

2.Lepas tu bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas.

3.Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Tak perlu banyak sangat ye. Agak agak basah je.

4.Lepas tu korang letak kan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Boleh buat 2 kali sehari hingga hilang sakitnya tu.

Mudah sahaja kan? Boleh cuba nanti!

Sumber: Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×