Dapur

Tips Simpan Kentang Tahan Lama & Tidak Bertunas. Bahaya Makan Kentang Yang Ada Tunas

87
SHARES

Sesetengah daripada masyarakat gemar membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak atau terus cukup untuk sebulan. Salah satu barang dapur yang akan dibeli adalah kentang. Namun begitu, tidak semua masakan yang dimasak memerlukan penggunaan kentang.

Ini akan menyebabkan kentang sentiasa mempunyai stok sehinggakan kentang akan terbiar lama dan busuk tanpa anda sedari. Dalam keadaan ekonomi sekarang, semua perlu berjimat dan tidak digalakkan untuk membazir. Oleh itu, jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: 4 Rutin Positif Perlu Buat Setiap Pagi, Baru Hari Akan Bahagia!

Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok dan hanya sebiji 2 sahaja baru nak bertunas. Sebelum-sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.

Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan share sikit tip kentang.

Kentang ini kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.

1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah atau bawang putih kerana bawang ini akan menghasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.

2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul atau jaringan supaya cukup aliran udara.

3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas atau tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan menyebabkan kelembapan udara tinggi dan menjadikan kentang mudah berkulat dan busuk.

4. Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari atau lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas dan berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.

5. Jika tempat simpanan kentang anda agak terang dan kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni atau kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.

6. Sesekali periksa keadaan kentang dan gunakan kentang yang mula bertunas dulu.

Peringatan jangan simpan kentang mentah dalam peti sejuk

Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya:

– Rasa kentang akan jadi lebih manis.

– Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.

– Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM.

– Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi).

Saya simpan kentang dalam bakul dan anyam sendiri sahaja penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong . Boleh cover sikit kentang dengan kain guni atau kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan

Sumber: Facebook Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×