Asuh

Rupanya Ini Punca Anak Jadi Picky Eater, Bukan Sebab No Sugar No Salt Ya…

17
SHARES
anak picky eater

Susahnya bila anak-anak tidak mahu makan ini, tidak mahu makan itu dan kesudahannya menjadi anak picky eater. Ada yang mengatakan bahawa penyebab anak-anak memilih dalam soal makanan ini adalah kerana ibu tidak meletakkan garam dan gula ke dalam makanan. Betul ke?

Sebenarnya, tidak ya wahai ibu semua. Terdapat banyak lagi sebab yang menjadi punca anak-anak menjadi picky eater. Perkara ini perlu dipantau kerana risau mereka tidak mendapat khasiat yang diperlukan untuk membantu proses pembesaran.

NO SUGAR NO SALT BUKAN PENYEBAB ANAK PICKY EATER

anak picky eater

Khalish Affan ni saya dah buat no sugar no salt dari 6 bulan sehingga 24 bulan. Sekarang umur 2 tahun 7 bulan, dah merasa masam manis masin. Affan sangat berselera makan.

Tujuan no salt no sugars ialah untuk menjaga kesihatan dalaman bayi. Bukan sebab kita nak anak makan banyak. Ada anak yang banyak makan tapi lasak, berat tang tu juga kan? So begitulah. Siapa pandai buat sup ayam tanpa garam gula, lebihkan bawang sebenarnya sangat sedap.

Ada masa kami bagi biskut, aiskrim, gula. Tapi kalau gula-gula Affan sangat tak gemar sebab terlalu manis. Kami pilih beri snack BUAH untuk kudapan Affan. Alhamdulillah sangat suka buah. Mak ayah sendiri perlu set rule di rumah. Buat rutin & boundaries. Bila rutin telah dilakukan perlu lah patuh.

Rutin harian ni ibarat perkara yang kita didik anak dari kecik. Masa yang perlu anak patuh. Anak belajar bila perlu mandi, bangun dan makan. Jika tidak, tak teratur lah masa kita. Anak pun rasa keliru dengan masa. Anak nak makan bila dia suka. Walhal perut ini, perlu di isi bila waktunya atau lapar. Kita dewasa ni, bila skip waktu makan pagi bila masuk jam 11 perut dah berbunyi, waktu lunch kebulur dia sampai makan macam-macam.

Memang ada masa anak tak nak makan, sebab gigi nak tumbuh, mental leap, perkembangan fizikal dan lain-lain. Tapi perlu tackle dengan beri finger food. Buat nugget ayam isi nasi, buat kentang goreng berinti ke, beri pisang ke. Ramai anak jadi picky eater adalah disebabkan sensory isu. Anak tak suka makanan yang kasar, keras. Tapi isu paling besar adalah, bila parents hanya beri anak susu sehingga 5 kali sehari. Walaupun anak dah berumur 3 tahun. Lebih kurang 10 orang ibu mengadu di DM instagram saya. Anak picky eater tak nak makan.

Ini antara punca anak jadi picky eater

anak picky eater

1. Kerap beri susu walaupun anak sudah setahun lebih. Selepas 2 tahun, susu hanya diberi 2 gelas sehari sahaja.

2. Anak tidak ada jadual/rutin yang tetap setiap hari. Sekejap tidur jam 9,10. Sekejap bangun jam 8, 9 ada yang anak bangun jam 11. Waktu makan juga tidak tetap menyebakan anak juga boleh makan ikut suka bila dia nak makan.

3. Hanya intro makanan yang blend sahaja. Asyik-asyik bubur dengan carrot. Kita dewasa bila demam makan bubur selalu pun bosan. Ini kan pula anak-anak. Kita tak berani nak intro finger food, nasi biasa pada anak. Anak mengunyah guna gusi bukan gigi. Bila kita tua, dah tiada gigi. Kita gigit guna gusi. By 9months dah boleh separa kasar.

4. Elakkan pemberian susu 1-2 jam sebelum waktu makan utama. Anak akan kenyang jika diberi susu dahulu. Kebanyakkan susu formula manis ada gula tambahan & buat anak kenyang.

5. Anak tak nak makan. Yep ada masa anak tak nak makan, beri apa yang anak suka selain susu. Boleh buat finger food, nugget sendiri dan pelbagai lagi.

6. Beri anak makan sambil tengok gajet. Anak tidak fokus pada makanan. Anak akan fokus pada gajet. Anak tidak belajar rasa makanan & tekstur makanan.

7. Disuap sentiasa. Ada masa kita beri anak makan sendiri supaya anak belajar merasa, hidu makanan yang mereka akan makan. Ini juga bantu tingkatkan sensori anak.

8. Bila mak takut anak tercekik. Kena bezakan nak muntah sebab rasa pelik (gagging) & tercekik. Boleh Google or Youtube. Biasalah bila first time makan rasa nak muntah. Keep on bagi anak pegang hidu dan rasa. Kids learned everything from around them.

9. Parents tak duduk makan sekali dengan anak. Especially bila ibu ayah ada di rumah. Biarkan anak makan sorang, ibu ayah hanya duduk disebelah.

10. Tiada rules yang tegas. Perlu set rules bila boleh makan jajan, bila boleh makan manis. Berapa kali makan manis-manis or jajan. Hanya kerana tak tahan anak menangis nak kan jajan kita langgar boundaries atau rules yang telah kita buat. Perlu beritahu anak sebab kenapa tak boleh makan selalu.

Jadinya ibu ayah, janganlah salahkan gula dan garam. Selagi mana kita jaga pemakanan kita dan anak-anak insyaAllah. Jadi kreatif, anak boleh jadi berselera makan.

Kita dewasa pun memang tidak digalakkan gula & garam yang berlebihan. Gula yang berlebihan juga punca muka jadi cepat nampak tua hahahah. Nak awet muda kurangkan makan & minum yang manis-manis. Saya bukan pakar, saya hanya belajar untuk cakna tentang anak dan perkembangan anak-anak.

Sumber: Adibah Yasak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×