Asuh

6 Kesilapan Mak Ayah Selalu Buat Sampai Anak Jadi Picky Eater!

57
SHARES

Sudah pasti antara perkara yang sering dialami oleh mak ayah adalah betapa susahnya untuk menyuruh anak-anak makan makanan yang sihat terutama sekali sayur. Bukan itu sahaja, bila semua jenis makanan sihat ditolak dan hanya mahu makan makanan yang segera sahaja, anak-anak sudah menjadi ‘picky eater’!

Rupa-rupanya ini adalah 6 kesalahan yang mak ayah selalu buat tanpa sedar menjadikan anak-anak anda sendiri seorang yang picky eater. Jom tengok apa kesalahan tersebut…

Baca juga: Pakar Kongsi Elak ‘Tepek’ Tuala Basah Atas Kepala Bila Anak Demam, Risiko Sawan!

KESILAPAN MAK AYAH BUAT SAMPAI ANAK JADI ‘PICKY EATER’

Soalan:

Bukan saya taknak bagi sayur puan tapi banyak kali saya bagi dekat anak dia tolak. Last last membazir. Macam mana nak bagi anak suka makan sayur?

Jawapan

Tahukah anda disebabkan kita tak konsisten dengan tindakan amalan pemakanan sihat anak boleh menjadi Picky eater (memilih makan)?

Sewaktu usia anak antara 1 tahun hingga 5tahun, apa yang kita ajar anak, apa yang kita terapkan selalu akan menjadi habit sehingga dewasa..termasuk habit pemakanan..Kesilapan ibubapa sehingga anak boleh jadi picky eater:

1. TERLALU IKUT EMOSI ANAK

Risau anak taknak makan, risau anak buat onar. Kita ikut je anak taknak makan sayur/buah..Siapa ibu siapa anak? Dia taknak makan time tu maksudnya anak tak cukup lapar lagi..tunggu 15min kemudian baru offer semula…kalau anak lapar semua dia akan makan

2. HIJAU DIANGGAP SEBAGAI PAHIT

Ada anak anak ‘trauma’ makan sayur hijau sebab dikaitkan dengan sayur yang pahit dan tak sedap..kalau anak anak baru nak dikenalkan semula dengan sayur mulakan dengan sayur yang BUKAN WARNA HIJAU macam lobak, taugeh, terung etc..

3. BUAT MENU YANG DISUKAI

Dah anak mati mati taknak kita paksa nanti waktu makan tak seronok dah..laggiiiii susah nak makan..Taknak sayur stir fry, buat la sekali sekala sayur goreng tepung (ada dah). Masukkan sayur dalam home made nugget/telur dadar..letak cheese dekat atas ke macam brokoli celur dengan cheese..fuh sedap..bila sedap anak suka, akan makan…

4. LIBATKAN ANAK DALAM PROSES A-Z

Proses pembelian : minta anak pilih sayur, pergi timbang

Proses masak: minta anak potong sayur, basuh,kalau dah cukup besar boleh masak sekali

Proses menghidang: letak dalam pinggan dan letak atas meja

Ramai ibu bapa silap di mana tidak melibatkan proses dari awal sampai akhir..sampai sekerat jalan je.. Anak tak dapat nak tengok apa jadi dari makanan yang fresh off the shelf sampai atas pinggan. Lagi banyak kita libatkan mereka lagi minat anak anak kepada menu tu.

5. KITA SEBAGAI CONTOH

Laaaa mak pak pun tak makan sayur buah ye ye anak nak makan camne? Aiyoyo. Mak pak makanla sayur dulu. Sentiasa ada buah dalam peti/di rumah. Baru la anak akan ikut…

6. JANGAN PAKSA

Cuba tukar dari perkataan KALAU kepada BILA.

❌  Kalau tak makan sayur tak boleh main
– Ayat camni menunjukkan sayur sebagai denda/hukuman/paksaan

✅ Bila dah makan sayur boleh main ye
– Ayat serupa pujukan/ tiada paksaan/ bukan marah
nada hangpa pun automatic berubah kan..

Sekian…

Sumber: Nur Hafizah M.Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×