Sudah semestinya setiap kali suhu badan anak meningkat secara mendadak dan demam, pasti mak-mak akan menggunakan kaedah ‘jerlum’ dengan air. Teknik jerlum ini digunakan bagi mengurangkan suhu badan yang panas dan ada juga dalam kalangan kita yang menggunakan tuala basah.
Namun, ternyata salah cara menggunakan tuala basah semasa jerlum air dan diletakkan di atas kepala anak-anak kerana boleh mengundang risiko sawan. Berikut merupakan penjelasan dari pakar mengenai cara yang betul untuk anda jerlum kepala anak-anak bila demam.
Baca juga: Elak Ambil Ubat Punggung NSAIDS Untuk Anak Bawah 5 Tahun, Risiko Radang Otak!
ELAK ‘TEPEK’ TUALA BASAH ATAS KEPALA ANAK DEMAM, RISIKO SAWAN!
Terdapat dua sebab kenapa kita tak letak tuala basah pada anak-anak.
1.Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas keluar dari badan.
2.Kalau guna, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab lain untuk elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tuala. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap 5 minit.
@klinikttdi_sgbesi Reply to @nur_zara59 tips by @drman.ttdi #klinikttdisgbesi #fyp #fypシ #hidupsihatpilihankita #lakefieldsgbesi
JANGAN KELAM KABUT MANDIKAN ANAK BILA SUHU PANAS
Bukan itu sahaja, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab mereka boleh menggigil dan naik ke kepala. Bahaya! Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua atau tiga jam selepas itu.
Sumber: Tiktok @klinikttdi_sgbesi