Sihat

Elak Ambil Ubat Punggung NSAIDS Untuk Anak Bawah 5 Tahun, Risiko Radang Otak!

255
SHARES

Jika mak ayah perasan, setiap kali anak-anak mengalami demam pasti anda akan dengar bahawa terdapat satu jenis ubat yang dimasukkan melalui punggung boleh meredakan panas demam dengan cepat bukan? Walaupun ubat jenis ini mampu untuk ‘kebahkan’ demam panas dengan cepat namun terdapat risiko di sebalik pengambilan ubat ini untuk anak bawah umur 5 tahun.

Berikut merupakan risiko yang dikongsikan oleh Public Health di mana ubat jenis ini sebenarnya vboleh mengundang risiko radang otak dalam kalangan kanak-kanak!

Baca juga: Anak Sakit Tekak & Tonsil, Perlu Atau Tak Jalani Pembedahan? Ini Jawapan Pakar

ELAK AMBIL UBAT PUNGGUNG NSAIDS, BOLEH SEBABKAN RADANG OTAK

Tular mengenai satu kes keluarga yang kehilangan anak kecil mereka disebabkan radang otak yang berpunca daripada pemberian ubat punggung NSAIDS semasa pesakit sedang mengalami jangkitan influenza. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga.

Si anak mengalami gejala demam. Seperti pengalaman demam sebelum ini, si anak menerima ubat supp diclofenac dan tidak bermasalah. Sehinggalah kejadian kali ini menimpa.

Demam tidak surut. Malah meningkat. Anak menjadi longlai, tidak bermaya, sawan, dan muntah darah. Akhirnya meninggal dunia di hospital.

AMARAN KKM BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK DEMAM

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran tentang bahaya memberikan ubat NSAIDS kepada kanak-kanak yang mengalami demam.

Ini kerana pemberian ubat ini boleh meningkatkan risiko komplikasi influenza seperti radang otak dan pendarahan di kalangan kanak-kanak.

Sebagai pengganti mengurangkan gejala demam, berikan ubat paracetamol mengikut dos dan kekerapan yang disesuaikan dengan berat badan, menekap badan dengan kain yang dibasahkan dengan air, dan minum air yang mencukupi.

Jika terdapat gejala yang semakin teruk seperti tidak bermaya, nafas laju, tidak sedarkan diri, segera dapatkan rawatan di kecemasan.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×