Famili

Ubat Punggung Jenis Paracetamol Selamat Untuk Bayi & Kanak-Kanak- Doktor

53
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai posting yang dikongsi oleh pengguna Facebook menyatakan ubat punggung tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak kerana akan mendatangkan bahaya.

Walau bagaimanapun, posting tersebut mendatangkan kekeliruan warganet dan tampil Dr Erna Nadia memberi penjelasan mengenai ubat punggung untuk kanak-kanak. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Jangan Goncang & Lambung Bayi Terlalu Kerap, Kesan Boleh Bawa Padah!

UBAT PUNGGUNG JENIS PARACETAMOL SELAMAT UNTUK BAYI

Ubat punggung untuk bayi dan kanak kanak yang demam boleh diberikan atas nasihat doktor. Biasanya apabila suhu melebihi 38.5 ke atas adalah dikira suhu yang tinggi untuk bayi dan kanak kanak.

Jadi jika anda bawa anak ke klinik atau hospital waktu ini, doktor akan tanya bila last ubat demam anda bagi. Jika masih belum bagi atau sudah bagi 2-3 jam lepas tapi tinggi suhu, memang akan diberikan ubat punggung bernama Paracetamol. Ingat ya, Paracetamol.

Ubat punggung Paracetamol ini boleh bantu turunkan suhu badan anak lebih cepat sedikit berbanding ubat makan dan boleh sahaja diberikan 6-8 jam sekali untuk 2-3 hari. Tidak lebih dari itu. Dan diberi apabila suhu lebih 38.5 ke atas sahaja.

Kerana apa kita takut suhu yang tinggi? Suhu yang tinggi boleh membawa mudarat pada otak sesiapa sahaja. Bukan kanak kanak sahaja. Yang mengawal suhu badan kita adalah ‘termoregulator’ yang terletak di dalam otak juga. Suhu yang tinggi boleh sebabkan sawan pada anak anak kecil dan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada otak.

JANGAN BALUT BADAN ANAK KETIKA DEMAM

Jika suhu tak begitu tinggi, bagi sahaja ubat cecair setiap 6-8jam sehari. Jangan balut badan mereka bila mereka tengah demam. Pakaikan baju nipis, kerap mandikan mereka dan make sure mereka minum air. Selalu lah periksa pampers mereka.

Jika seharian kering sahaja pampers, menangis pun tak keluar air mata, bibir kering, kulit jadi bertompok biru atau ada lebam, teruslah bawa ke hospital. Itu tanda mereka sangat sangat dehidrasi. Dehidrasi boleh membawa maut.

Ubat punggung jenis voren ini kita tak bagi sebagi first ubat. Sama juga untuk orang dewasa, voren ini ubat tahan sakit. Jika demam tak boleh bagi ubat tahan sakit sebab boleh tinggikan risiko pendarahan dalam badan.

Kita tak tahu kita demam sebab apa. Please jika bawa anak jumpa doktor, ceritalah hal sebenar. Bila mula demam. Bila last bagi makan ubat. Macam mana keadaan anak. Siapa lagi yang tak sihat di rumah.

Ubat demam perlu diberi 6-8jam sekali sehingga demam memang benar benar hilang. Kalau masuk hari ketiga pun suhu masih tinggi walau dah bagi ubat demam 6-8jam sekali, bawa ke hospital.

Kena tahu apa punca dia. Saya merayu supaya tidaklah diberikan anak kecil ini apa apa makanan tambahan yang dibeli sendiri. Bahaya sebab kita taktahu apa kandungan sebenar dalam tu. Sekarang memamg musim demam. Kita akan anggap semua kes demam adalah Covid until proven otherwise.

Sumber: Facebook Dr Erna Nadia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×