Di Malaysia, ubat paracetamol boleh diperoleh dengan mudah di mana-mana kedai runcit, pasar raya atau kedai farmasi. Di mana, paracetamol digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
Namun, persoalan tentang ubat paracetamol yang juga menggunakan nama Panadol di pasaran, berada di dalam tubuh untuk satu tempoh yang lama mulai timbul kebelakangan ini.
Disebabkan itu, Doktor Samhan di laman sosialnya mengambil inisiatif untuk menjelaskan kesahihan perkara itu kepada orang ramai.
Baca juga: Hati-Hati Ya Bila Bercakap, Telinga Tak Henti Dengar Tau Masa Tidur & Ini 9 Fakta Menarik Lain!
UBAT PARACETAMOL
“Doktor, betul ke Panadol boleh rosakkan buah pinggang?”
“Betul ke Panadol duduk dalam badan kita sampai 5 tahun?”
“Betul ke Panadol boleh rosakkan hati?”
Saya sering ditanya oleh pesakit dan enggan untuk makan ubat Panadol sebab risaukan risiko Panadol bahaya untuk badan.
Ilmu tentang panadol (paracetamol)
Hari ini saya kongsikan ilmu yang betul tentang Panadol.
Panadol (Paracetamol) digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu serta warga emas.
Baca juga: AWAS! Ada Bahaya Tersembunyi Kalau ‘Bersama’ Pakai Air Liur, Risiko No.1 Paling Menakutkan!
BERAPAKAH DOS YANG DISARANKAN?
1. Orang dewasa:
- Panadol 2 biji(500mg x 2 biji) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4g sehari).
2. Kanak-kanak:
- Sirap paracetamol adalah 15mg per kilogram (kg) berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari.
- Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5g sehari).
3. Bentuk intravenous diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali: maksimum 4g sehari)
BERAPAKAH DOS YANG BOLEH ROSAKKAN HATI?
Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
- Dewasa: 7.5-10g(20biji) dalam 1 dos (1 pengambilan)
- Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Baca juga: Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!
Kesimpulannya,
- Panadol TIDAK rosakkan buah pinggang atau hati jika diambil dalam dos yang disarankan.
- Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku.
- Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
- Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.
- Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis, kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Bantu saya kongsi ilmu ini sebab masih ramai yang percayakan mitos dan tanggapan dari orang yang bukan berautoriti tentang Panadol.
Baca juga: Anda Rasa Comel Tapi Kasut Budak Berbunyi ‘Squeaky’ Bukan Pilihan Terbaik Pakai Harian
Sumber: X – Doktor Samhan
FT Image: freepik