Dapur

Kecilkan KELENJAR TIROID Dengan 7 Sumber Semula Jadi Ini, Baru Mudah Telan Makanan!

18
SHARES
kelenjar tiroid membesar

Cara mengecilkan kelenjar tiroid membesar boleh dilakukan secara semula jadi dan tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan badan, lapor portal Orami. Kaedah semula jadi untuk mengatasinya adalah dengan mengambil 7 makanan di bawah ini!

Baca juga: Elakkan Ambil 6 Buah-Buahan Ini Pada Waktu Malam, Jadi Punca Tidur Tak Cukup!

KELENJAR TIROID MEMBESAR, KECILKAN DENGAN CARA ALAMI

kelenjar tiroid membesar

Gambar: freepik

Umum mengetahui, kelenjar tiroid boleh membesar dan menyebabkan ketidakselesaan seperti sukar menelan, sesak nafas dan sebagainya. Kelenjar tiroid yang membesar ini sebenarnya tidak berbahaya kepada tubuh, tetapi perlu dirawat kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian.

Antara kaedah semula jadi melalui pemakanan adalah seperti berikut:

Baca juga: JAGUNG UNGU Secantik Warnanya, Kaya Manfaat Boleh Cegah Pelbagai Jenis Kanser!

1. Minyak kelapa

Cara pertama untuk mengecilkan kelenjar tiroid adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Ia boleh membantu mencegah dan menyembuhkan masalah kelenjar tiroid.

Dalam minyak kelapa, terdapat kandungan lemak baik yang sangat bagus untuk tubuh.

Anda boleh makan 1-2 sudu setiap hari. Hindari memanaskan minyak kelapa kerana ia boleh merosakkan kandungan di dalamnya. Jadi, sebaiknya konsumi dengan seadanya.

2. Air halia suam

kelenjar tiroid

Gambar: Orami Photo Stock

Halia dikenali sebagai sejenis herba yang bukan sahaja berguna untuk masakan, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan, sehingga sering digunakan sebagai ubat.

Ia mengandungi mineral penting seperti kalium dan magnesium yang boleh membantu mengurangkan keradangan yang menyebabkan masalah utama tiroid.

Anda boleh memarut atau menghancurkan halia kemudian rebus dalam air selama 15-20 minit. Amalkan air halia pada waktu pagi setiap hari.

3. Kacang almond

Kacang juga boleh dimakan kerana ia boleh menjadi cara untuk mengecutkan kelenjar tiroid. Semua jenis kacang sedap dimakan.

Tetapi kacang badam (almond) menjadi salah satu jenis kacang yang disyorkan untuk dimakan kerana dapat membantu mengecilkan kelenjar tiroid.

Badam mengandungi selenium yang boleh membantu mengimbangi paras tiroksin pada individu yang menghidap tiroiditis Hashimoto. Malah, badam juga sangat kaya dengan magnesium yang dapat mengekalkan keseimbangan kelenjar tiroid.

4. Biji-bijian

Sebuah jurnal berjudul The Role of Micronutrients in Thyroid Dysfunction menjelaskan bahawa pelbagai jenis biji-bijian dapat membantu merawat kelenjar tiroid yang bengkak.

Salah satu jenis biji-bijian yang disyorkan untuk dimakan adalah biji rami atau flaxseed. Biji rami mempunyai kandungan vitamin B12 dan magnesium yang baik untuk mengatasi gangguan hipotiroidisme.

Baca juga: Orang Ada GASTRIK Bagus Ambil 7 Makanan Ini Tau, Rasa Lebih Lega~

Baca juga: Ramai Takut Ambil MSG Sebab Rambut Boleh Gugur, Ahli Kimia Sangkal Mitos Itu & Ini Faktanya!

5. Produk tenusu

kelenjar tiroid membesar

Gambar: twimg.com

Di dalam produk tenusu terdapat kandungan vitamin D sangat tinggi yang akan membantu menyerap kalsium dan fosforus dengan baik.

Dengan cara itu, ia dapat mengurangkan masalah kelenjar tiroid seperti tiroiditis hashimoto, tiroid autoimun dan penyakit Graves.

Bukan sahaja vitamin D, ia juga mengandungi tahap iodin dan mineral yang tinggi yang boleh membantu menyembuhkan kelenjar tiroid. Jadi, bolehlah mengambil susu, keju dan yogurt setiap hari.

6. Cuka epal

Cuka epal boleh digunakan untuk membantu proses penyembuhan kelenjar tiroid yang terjejas. Dalam cuka epal terdapat bahan yang mampu:

  • Mengawal hormon
  • Meningkatkan sistem metabolisme
  • Membersihkan toksin dari badan
  • Membantu proses penyerapan nutrien

Campurkan satu sudu cuka epal ke dalam segelas air suam. Amalkan setiap pagi sebelum melakukan aktiviti. Jika suka, anda boleh menambah satu sudu madu tulen di dalamnya.

7. Makanan kaya iodin

Cara semula jadi yang terakhir untuk mengecutkan kelenjar tiroid adalah dengan makan makanan yang kaya dengan iodin.

Iodin adalah mineral yang sangat penting dalam proses penghasilan hormon tiroid. Dengan mengambil iodin, kelenjar tiroid boleh kekal stabil.

Baca juga: Tercucuk & Berdarah Sikit Masa Siang Udang, Nyawa Lelaki Ini Hampir Melayang!

Sumber: Orami

FT Image: maadiabetacare /orami photo stock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×