Dapur

Petua Orang Lama Makan Sambal Halia Je, Pulih Lenguh & Angin Badan Serta Ibu Bentan!

106
SHARES
petua hilangkan lenguh badan

Terdapat pelbagai petua hilangkan lenguh badan yang boleh dijadikan amalan. Antaranya ialah makan sambal halia dengan nasi panas. Hal ini kerana, halia merupakan ramuan yang mengandungi pelbagai khasiat pada tubuh badan.

Menurut Puan Humairah Al-Hamra, perkongsian petua dari arwah ibunya ini bukan saja untuk mengatasi masalah lenguh badan sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk masalah angin dalam badan, wanita yang mengalami bentan selepas bersalin, sakit sengal sendi dan pelbagai lagi.

Baca juga: Ada Darah Tinggi & Migrain? Minum Air Rebusan Daun Sup, Mujarab Tau!

PETUA HILANGKAN LENGUH BADAN

petua hilangkan lenguh badan

Gambar: Humairah Al-Hamra

Petua amalan arwah mak, diturunkan pada kami adik-beradik. Senjata ampuh untuk masalah angin dalam badan, mengatasi sengal-sengal sendi, kebas kaki dan tangan, lenguh badan, badan rasa tak bermaya, urat masuk angin, sangat-sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan. Makan dengan nasi panas.

Insha Allah, lepas makan badan berpeluh-peluh, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit-sakit badan lagi.

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

RESEPI SAMBAL HALIA

Bahan-bahan:

  • 1 inci halia mentah
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
  • 1 sudu besar ikan bilis goreng
  • 1 ulas bawang putih mentah

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang.
  2. Makan dengan nasi panas.

Baca juga: 4 Jenis Buah Perlu Elak Sebelum Tidur, Patutlah Berat Badan Naik Macam Kena Pam!

Elak makan sayuran sejuk bila badan lenguh-lenguh

Kalau badan terasa lenguh-lenguh, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin macam bayam, kangkung, daun ubi, petai dan jering ya. Pakai sarung kaki.

Dulu-dulu memang tak percaya petua ini, ya lah…muda-muda asyik nakkan fakta bukan auta dan kajian sains. Bila dah bersalin, peranak-pinak dan dah berusia ini baru tahu dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang ini.

Boleh juga buat teh halia

Kalau tak larat nak buat sambal ini waktu sakit, buat teh halia.

  1. Hiris 1 inci halia.
  2. Masukkan dalam secawan air panas.
  3. Bila dah suam minum perlahan-lahan sampai habis.
  4. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.

Baca juga: 11 Manfaat Pisang Merah Yang Luar Biasa, Termasuk Rawat Rambut & Cegah Anemia!

Sumber: Humairah Al-Hamra via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image Humairah Al-Hamra / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×