Dapur

Cara Buang Angin Dalam Badan, Boleh Cuba Antara 3 Air Mujarab Ini!

3
SHARES
cara buang angin

Badan kalau ada masalah angin, diri pun boleh berangin satu badan juga. Mana tidaknya, sendawa  tak lepas buat badan tak selesa dan terbaring lesu. Jadi disebabkan itu, penulis ingin kongsikan cara buang angin dalam badan menggunakan air-air mujarab ini.

Ini merupakan perkongsian dari Puan Yana yang boleh anda cuba. Semoga lega satu badan, selepas ini.

Baca juga: Ini 11 Petua Penawar Mata Rabun, No. 1 Paling Mudah Tinggal Tadah Muka Je!

CARA BUANG ANGIN DALAM BADAN

1. SUSU HALIA PANAS

cara buang angin

Gambar: FB Nurul Diana

BAHAN-BAHAN:

  • Susu
  • Halia

CARA PENYEDIAAN:

1. Hiris halus halia atau tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk berisi susu.

2. Panaskan susu yang dah dimasukkan halia tadi atas dapur dengan api kecil.

3. Agak-agak dah menggelegak sikit, tutup api dan minum dalam keadaan suam atau panas.

Tips: Lagi banyak halia korang letak, lagi padulah angin korang nanti. Tapi jangan terlampau banyak pula. Agak-agak ikut kuantiti susu korang tu. Minum masa panas tau sebab kalau susu sejuk, nanti rasa dia dah tak padu.

2. TEH + LEMON + HALIA

cara buang angin

Gambar: FB Buku Resepi Ibu

Kombinasi yang paling saya suka. Dia punya kesan tak sampai 10 minit dah boleh rasa. Kalau amalkan dalam seminggu, memang ringan gila rasa badan. Sebab minum air ni juga boleh buatkan sistem pencernaan korang berjalan lancar.

BAHAN-BAHAN:

  • Seuncang teh
  • Lemon
  • Halia

CARA PENYEDIAAN:

1. Rendam uncang teh bersama hirisan lemon dan halia.

2. Kalau nak manis, boleh tambah madu sikit. Minum dalam keadaan air masih suam atau panas.

3. BAWANG PUTIH + SERAI

cara buang angin

Gambar: Breaking The Impossible

Kalau korang lalu, boleh sahaja terus makan bawang putih yang dah dibakar macam tu je. Tapi sebab saya tak mampu nak telan rasa bawang putih tu, saya rela minum air bawang putih. Kesan dia sama je.

Nak lagi sedap, letak serai. Bau dia memang wangi lepas tu. Nak minum pun rasa berselera je.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih
  • Serai
  • Madu

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus bawang putih dan serai yang dah ditumbuk kasar dalam periuk atas api kecil. Bawang putih tu korang boleh pilih nak tumbuk ke nak potong halus. Kalau potong halus nanti bila dah rebus dia jadi lembut sikit. Nak kunyah pun senang.

2. Bila dah menggelegak, korang boleh sejukkan sikit dan minum. Kalau rasa tak mampu telan, boleh je tambah madu supaya rasalah sikit manis-manis.

Menurut Puan Yana, sekiranya anda mengamalkan minum air ini sebelum tidur dengan bangun pagi, ia akan membuat anda rasa lebih bertenaga kerana toksin dalam badan telah dibuang. Sama ada, ia keluar melalui angin atau pun pencernaan.

Nak tahu menjadi ke tidak, kenalah cuba!

Sumber: Sinaran Wanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×