Dapur

Perut Makin Buncit Selepas Bersalin Caesar? Ini Petua Kempiskannya!

18
SHARES
petua kempis perut

Konflik dalam diri yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin caesar adalah masalah perut buncit! Perut menggeleber dan tiada bentuk badan seperti zaman anak dara adalah perkara yang menyeramkan. Justeru itu, penulis ingin kongsikan petua kempis perut bagi anda yang mengalami isu ini.

Petua warisan orang lama semakin dilupakan berikutan proses berpantang juga menjadi semakin moden. Mari ikuti artikel kali ini tentang petua bagaimana mahu kempiskan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Baca juga: Ini Tips Kesan Makanan Basi, Hati-Hati Jangan Sampai Duduk Hospital!

PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CAESAR

petua kempis perut

Anda yang bukan lepas bersalin tapi perut buncit pon boleh cuba tau. Dua minggu dah boleh nampak kesan, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.

BAHAN-BAHAN:

petua kempis perut

  • Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari)
  • Halba 3 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu kecil (lebih kurang 15biji)
  • Bawang putih 3 ulas

CARA PENYEDIAAN:

petua kempis perut

1. Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pula. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur.

2. Dah lumat, gentel bulat-bulat. 

3. Kemudian, keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP!

** Simpan dalam bekas kedap udara.

** 1 adunan tahan seminggu.

Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Selepas itu, tunggu lah asyik kentut dan sendawa hahaha.

CARA MAKAN:

Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Sesuai sangat untuk bersalin caesar sebab angin banyak dalam badan.

✔Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan.

❌Ibu mengandung TAK BOLEH.

Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil.

Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yang caesar perut buncit lebih sikitkan. Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan.

Jangan lupa SHARE dan FOLLOW IG! Nur Afiqah.

Sumber: Facebook Kelab Pakar Hamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×