“Nak tengok-tengoklah pakej bersalin secara c-section dekat hospital ni. Rasa macam tak mampu pula kekuatan ni nak bersalin normal”
Pembedahan C-section atau lebih dikenali sebagai pembedahan caesarean merupakan prosedur melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan. Kaedah C-section mungkin terpaksa digunakan sekiranya terdapat banyak komplikasi kehamilan yang menyukarkan ibu untuk melahirkan anak secara normal. Selain itu juga, kaedah ini boleh dipilih dari awal untuk ibu yang tidak mahu bersalin secara normal.
8 SENARAI PAKEJ BERSALIN SECARA C-SECTION DI HOSPITAL, BOLEH BAJET DULU
Jika anda sudah merancang untuk bersalin secara c-section, mungkin di bawah merupakan beberapa hospital boleh dijadikan pilihan!
1.KPJ Damansara Specialist Hospital
Kos Pakej: Kira-kira RM8,800
Butiran pakej:
-Prosedur C-Section yang standard
-Penginapan hospital (bergantung kepada berapa lama)
-Penjagaan selepas bersalin
2.Pantai Hospital Kuala Lumpur
Kos pakej: Kira-kira RM7,000
Butiran pakej:
-3 hari 2 malam dalam bilik standard
–Kos pembedahan (operating theatre)
-Penjagaan bayi di nurseri
-Rutin vaksin untuk bayi
3.Prince Court Medical Centre
Kos pakej: Kira-kira RM12,000
Butiran pakej:
-4 hari 3 malam dalam bilik single
-Kos pembedahan (operating theatre)
-Penjagaan bayi di nurseri
-Rutin vaksin untuk bayi
4.Subang Jaya Medical Centre (SJMC)
Kos pakej: RM6,440
Butiran pakej:
-3 hari 2 malam penginapan di bilik single
-Kos pembedahan (operating theatre)
-Penjagaan bayi di nurseri
-Rutin vaksin untuk bayi
5.Columbia Asia Hospital- Klang
Kos pakej: RM9,638
Butiran pakej:
-Penginapan 3 hari 2 malam
-Suntikan epidural
-Bayaran prosedur pakar bius (anesthesiologist)
-Sesi pemantauan ibu dan janin dalam kandungan
6.Thomson Hospital Kota Damansara
Kos pakej: RM5,287
Butiran pakej:
-Penginapan 3 hari 2 malam di bilik single
-Kos pembedahan (operating theatre)
–Penjagaan bayi di nurseri
-Rutin vaksin untuk bayi
7.Universiti Malaya Medical Centre (UMMC)
Kos pakej: Kira-kira RM1,200 untuk pesakit ‘first class’
Butiran pakej:
–Prosedur C-Section yang standard
-Penginapan hospital (bergantung kepada berapa lama)
-Penjagaan selepas bersalin
8.Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Kos pakej: Bermula dari RM8,888
Butiran pakej:
-Penginapan 3 hari 2 malam di bilik single
-Penjagaan bayi di nurseri
-Rutin vaksin untuk bayi
-Konsultasi selepas bersalin
*Perlu diingatkan bahawa ini semua adalah harga permulaan sahaja. Semoga membuat pilihan yang terbaik!
Baca juga: Hukum Gugurkan Kandungan Sebelum & Selepas Usia 4 Bulan, Haram Tak?
Sumber: Tiktok @motherhood.com.my
Foto: Healthline, Mayo Clinic