40 Minggu

7 Cara Untuk Mommy ‘Push’ Dengan Betul Ketika Bersalin Untuk Elak Terkoyak Besar!

13
SHARES
cara meneran

Selepas mengalami kontraksi bersalin, tibalah masanya pula untuk si ibu meneran untuk melahirkan bayi. Cara meneran dengan betul semasa bersalin amatlah penting untuk menyingkatkan masa si ibu berada dalam labour room. Bukan itu sahaja, teknik meneran yang betul ini juga tidak memudaratkan si ibu.

Dalam perkongsian Dr.Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists, memberi tips tentang cara yang dinasihatkan pakar untuk meneran semasa melahirkan anak. Rupanya meneran ketika bersalin dan semasa membuang najis adalah berbeza ya!

Baca juga: Betul Ke Peranakan Jatuh Mesti Sakit? Bukan Wanita Dah Kahwin Je, Anak Dara Pun Boleh Alami!

CARA MENERAN DENGAN BETUL KETIKA KETIKA BERSALIN

cara meneran

Terdapat 7 cara yang dikongsikan oleh pakar tentang teknik untuk meneran semasa bersalin. Walaupun ketika dalam keadaan getir dan kesakitan ini semuanya akan dilupakan, tak salah untuk bakal ibu semua bersedia dengan panduan ini.

#1 Teran dari abdomen ke Miss V

Teran baby menggunakan otot dalaman abdomen yang membantu rahim untuk menolak baby keluar. Team kami akan kata “Mommy, teran macam b*@r*k keras”

#2 Dagu ke dada

Posisi ini membantu mommy untuk fokus tenaga & ‘kuasa meneran’ ke bawah. (Banyak mommy teran @ muka & dada)

#3 Tangan ke kaki

Jika mommy sampai, pegang pergelangan buku lali semasa teran (semi-upright position) Mr.Hubby boleh support belakang badan bila mommy berada dalam posisi ini.

#4 Kontraksi sebagai panduan

Di antara kontraksi mommy rehat kejap & mula tarik nafas bila kontraksi bermula. Teran seiring dengan kontraksi yang kuat. Bagi mommy on epidural, Doc akan guide bila untuk teran dan teran dengan kiraan sekurang-kurangnya 10 kiraan setiap kali teran.

#5 Luaskan bukaan peha

Bukaan yang luas memberi ruang yang lebih kepada kepala baby untuk keluar.

#6 Percaya naluri mommy

Lakukan apa yang datang secara semula jadi, ikut naluri dan gesaan ‘urge to push’. Ada ketika, mommy on epidura tiada naluri ini. Tetapi sebenarnya bila baby dah sampai bahagian paling bawah pelvik (pelvic outlet), mommy akan rasa berat / tekanan seperti ingin membuang (even with epidural).

#7 Berhenti bila ‘Crowning’

Apabila kepala baby sampai ke permukaan faraj (crowning), Doc akan minta untuk kawal pernafasan. Mommy letakkan kepala ke belakang, baring & bernafas dengan perlahan & cepat (seperti meniup beberapa batang lilin). Gaya pernafasan ini menghalang mommy daripada meneran kuat & membolehkan kepala baby dilahirkan dengan lebih perlahan & mengurangkan koyakan perineum.

Lama ke ambil masa untuk meneran?

Secara keseluruhan, proses bersalin biasanya mengambil masa 30 minit hingga satu jam, tetapi ia juga boleh mengambil masa sehingga tiga jam, terutamanya jika kelahiran bayi pertama (bayi kedua dan seterusnya biasanya keluar dengan lebih cepat), atau sesingkat beberapa minit.

cara meneran

*Bakal-bakal ibu rasanya dah boleh berlatih dari sekarang. Mana tahu dah profesional!

Baca juga: Hukum Solat Ketika Kontraksi Bersalin & Air Ketuban Nak Pecah..Masih Perlu Solat Tak?

Sumber: Dr.Maiza Tusimin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×