40 Minggu

Betul Ke Peranakan Jatuh Mesti Sakit? Bukan Wanita Dah Kahwin Je, Anak Dara Pun Boleh Alami!

6
SHARES
tanda peranakan jatuh

Bila bercakap mengenai kesihatan dalaman wanita, salah satu topik yang sering disebut dan masih ramai tidak faham adalah tanda peranakan jatuh. Ada yang mengatakan bahawa masalah peranakan jatuh ini akan berlaku kepada wanita yang sudah bersalin sahaja. Betul ke?

Untuk pengetahuan anda, ramai juga dalam kalangan anak dara atau mereka yang masih belum bersalin pun boleh mengalami situasi peranakan jatuh ini. Dengar pun agak ngilu bukan? Jadi, jom ketahui apakah itu peranakan jatuh dan macam mana nak tahu peranakan anda dalam masalah!

Baca juga: Sedap Dan Berkhasiat, Ambil 5 Jenis Makanan INI Kalau Nak Cepat Hamil

APA TANDA PERANAKAN JATUH? MACAM SAKIT!

tanda peranakan jatuh

Peranakan, rahim jatuh atau prolaps anterior adalah keadaan yang mana rahim jatuh ke bawah dan ada juga situasi akan terkeluar dari faraj. Ini berlaku apabila, tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding vagina wanita menjadi lemah dan membengkak. Dalam hal yang lebih teruk, masalah peranakan jatuh ini mungkin memerlukan pembedahan!

Tanda-tanda umum bagi peranakan jatuh atau prolaps anterior adalah:

-Rasa kepenuhan atau tekanan pada pelvis dan vagina anda

-Peningkatan ketidakselesaan apabila anda meneran, batuk, mencangkung atau mengangkat barang

-Rasa pundi kencing anda masih belum kosong selepas anda kencing

Jangkitan pundi kencing yang berulang

-Kepedihan atau kebocoran air kencing semasa hubungan seksual

-Dalam kes-kes yang parah, benjolan tisu yang menonjol melalui pembukaan vagina anda dan mungkin berasa seperti sedang duduk di atas sebiji telur

Tanda-tanda dan simptom selalunya ketara selepas berdiri untuk jangka masa yang lama dan mungkin hilang apabila anda berbaring.

Apakah punca masalah peranakan jatuh ini?

tanda peranakan jatuh

Situasi ini boleh terjadi atas banyak sebab dan salah satu penyebab utama adalah tekanan pada ‘lantai penyokong’ ini ketika melahirkan anak. Wanita yang mengalami banyak kehamilan, kelahiran melalui vagina, atau mengalami proses bersalin yang panjang atau sukar, berada pada risiko yang lebih tinggi.

Antara punca lain yang bukan sahaja merisikokan wanita yang sudah bersalin malah anak dara juga adalah:

-Angkat berat
-Batuk kronik (atau masalah paru-paru lain)
-Sembelit
-Sentiasa meneran untuk membuang najis
-Obesiti
-Menopaus (apabila tahap estrogen mula menurun)
-Pembedahan pelvis sebelum ini
-Penuaan

Cara nak kesan peranakan jatuh di rumah

1.Duduk dalam keadaan berbaring, kemudian tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut maknanya kedudukan rahim berada dalam keadaan yang betul.

2.Duduk bercangkung kemudian masukkan jari dalam faraj. Jika jari dapat menyentuh objek lembut dengan mudah, maknanya peranakan rendah. Jika ada daging terkeluar, anda kena jumpa doktor dalam keadaan segera!

3.Dalam posisi baring. Ambil minyak kelapa, atau minyak zaitun dan urut perut. Jika ada rasa benjolan di bahgaian tundun, itu tandanya rahim jatuh.

Antara kaedah rawatan yang anda boleh lakukan di rumah adalah dengan melakukan Senaman Kegel yang membantu menguatkan otot lantai pelvis, menyokong rahim, pundi kencing dan usus. Lantai pelvis yang diperkuatkan akan memberikan sokongan yang lebih baik untuk organ pelvis dan kelegaan daripada simptom yang berkaitan dengan prolaps anterior.

Langkah untuk lakukan Senaman Kagel berikut:

-Kemutkan (tahan) otot lantai pelvis (pinggul) anda – otot yang anda gunakan untuk menghentikan kencing

-Tahan selama lima saat, kemudian berehat selama lima saat. (Jika ini terlalu sukar, mulakan dengan menahan selama dua saat dan berehat selama tiga saat)

-Seterusnya, cuba tahan penguncupan selama 10 saat pada satu masa

-Buat tiga set 10 ulangan senaman setiap hari.

*Kalau ikut nenek-nenek dulu yang urut untuk naikkan semula peranakan yang jatuh, katanya ramai yang menangis kesakitan..

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

Sumber: Hello Doktor, AsianParents

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×