DIY & Kraf

Cara DIY Sabun Cuci Pinggan, Buat Sendiri Lebih Mudah Dan Jimat Duit!

29
SHARES
SABUN CUCI PINGGAN

Sekiranya anda ingin berjimat, apa kata cuba DIY sabun cuci pinggan menggunakan beberapa bahan sahaja. Dengan cara ini, anda boleh membuat dalam kuantiti banyak dan digunakan pada masa akan datang.

Cara membuatnya mudah sahaja kerana hanya perlu campurkan ke semua bahan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah mengenai DIY sabun cuci pinggan.

Baca juga: Cara Betul Cuci Tudung Yang Ada Kesan Peluh, Minyak & Makanan. Baru Cepat Hilang!

CARA DIY SABUN CUCI PINGGAN, JIMAT DAN SENANG JE

SABUN CUCI PINGGAN

Peralatan diperlukan:

  • 1 set cawan penyukat dan sudu
  • 1 bekas kedap udara
  • 1 acuan silikon atau dulang kiub ais
  • 1 mangkuk adunan
  • 1 sudu kayu

Bahan-bahan:

  • 1 cawan soda pencuci/washing soda
  • 1 cawan serbuk boraks
  • 1 cawan serbuk asid sitrik gred makanan
  • 1 cawan garam
  • 1 cawan jus lemon

1. Tambahkan satu cawan soda pencuci, satu cawan boraks, satu setengah cawan serbuk asid sitrik dan satu setengah cawan garam.

2. Kacau rata semua bahan dengan menggunakan sudu kayu.

3. Bila dah sebati, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Sedia untuk digunakan.

Sekiranya anda ingin membuat sabun pencuci pinggan jenis tablet atau kiub, ini caranya:

– Masukkan satu cawan soda pencuci, satu cawan boraks, satu setengah cawan garam dan tiga perempat cawan jus lemon ke dalam mangkuk adunan.

– Kacau rata dengan senduk kayu untuk sebati. Letakkan satu sudu besar adunan ke dalam acuan silikon kecil atau bekas kiub ais.

– Kemudian, biarkan tablet yang dibentuk kering selama 24 jam atau sehingga mengeras. Keluarkan tablet dari acuan dan pindahkan ke dalam bekas kedap udara. Labelkan bekas dan sedia untuk digunakan.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini Cara Bersihkan Oven Paling Mudah, Tanpa Perlu Sental & Pasti Berkilat!

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×