Mempunyai koleksi pinggan mangkuk yang cantik, eksklusif dan berwarna-warni merupakan idaman bagi setiap wanita. Mana tidaknya, bukan sahaja dijadikan sebagai pinggan mangkuk untuk makanan malah turut dijadikan perhiasan rumah. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis pinggan ini yang cantik di luar tapi bahaya di dalam?
Hal ini kerana terdapat beberapa jenis pinggan yang dijual dengan harga murah mempunyai kandungan plumbum di dalamnnya. Bahaya kerana berpotensi untuk meletup!
Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’
TIPS PILIH PINGGAN MANGKUK TAK ADA KANDUNGAN PLUMBUM
Pinggan cantik bercorak yang dibeli dengan harga murah tanpa cop keselamatan dan tidak diketahui di mana penghasilannya lebih baik dijadikan hiasan sahaja. Bukan sekadar cantik, penggunaan pinggan mangkuk seramik bercorak yang mengandungi plumbum boleh membahayakan kesihatan.
Tahu tak, plumbum dalam corak atau lukisan pada pinggan mangkuk seramik boleh larut ke dalam makanan, terutamanya apabila digunakan dengan makanan berasid, panas, atau berminyak. Pendedahan kepada plumbum ini boleh menjejaskan kesihatan, termasuk risiko kepada otak, buah pinggang, dan sistem saraf terutama kepada kanak kanak. Kesan tak nampak ketara, tetapi anak mungkin ada gangguan dalam pembelajaran.
Sebagai langkah pencegahan, disarankan untuk menggunakan pinggan mangkuk kosong tanpa corak atau yang mempunyai corak di bahagian luar sahaja. Ini dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada plumbum dan memastikan keselamatan makanan yang dihidangkan.
1.Cari label ‘lead-free’
Pilih pinggan yang mempunyai label bebas plumbum untuk memastikan ia selamat digunakan.
2.Elakkan pinggan tiada informasi kesihatan
Pinggan tanpa maklumat keselamatan, atau asal usul boleh membahayakan.
3.Pilih negara penghasilan
Pilih pinggan yang dihasilkan di negara yang menguatkuasakan peraturan ketat terhadap penggunaan plumbum.
*Jangan tengok semuanya cantik terus guna ya kerana boleh jadi terdapat beberapa bahan terlarang semasa pembuatan pinggan mangkuk tersebut!
Baca juga: Pakar Minta Elak Pakai Warna ‘HIJAU MISKIN’ Ini Untuk Deko Rumah, Ada 5 Hijau Yang Lebih Cantik!
Sumber: Public Health