“Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya“. Itulah yang sering diungkapkan apabila bercerita mengenai kasih sayang ibu bapa. Begitu juga di saat susah dan senang, dua insan ini sering berada bersama anak-anak seperti kisah yang dikongsikan ini apabila si bapa sanggup berhenti rokok untuk derma buah pinggang kepada anaknya.
Seperti yang kita tahu, proses untuk seseorang berhenti merokok bukanlah mudah dan makan masa bertahun lamanya. Tapi, demi anak tersayang, begitulah pengorbanan yang sanggup ditempuhi…
Baca juga: Kisah Perjuangan Celine Dion Lawan Penyakit Aneh ‘Stiffness Person Syndrome’, Ini Tandanya!
NAK DERMA BUAH PINGGANG UNTUK ANAK, AYAH SANGGUP BERHENTI MEROKOK
Tular satu hantaran di TikTok, memaparkan seorang bapa sedang melakukan latihan pernafasan menggunakan alat dikenali sebagai ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’ ketika berada di dalam wad sebuah hospital.
Hantaran yang dimuatnaik oleh Dr Zulkifli, yang merupakan anak kepada warga emas tersebut menyatakan bahawa bapanya sedang bersiap sedia untuk menjalani operasi pemindahan buah pinggang buat dirinya pada hari ini (semalam 19 November). Paling menyentuh hati apabila Dr Zulkifli mendedahkan bapanya pada awalnya adalah seorang perokok tegar.
“Bapa adalah bekas perokok yang sangat suka Gudang Garam. Apabila dia mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya kepada saya, dia berhenti merokok sepenuhnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan dalam video tersebut juga, Dr Zulkifli mengalami kegagalan buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis sejak tahun 2020. Menurut orang ramai juga, latihan pernafasan yang dilakukan oleh bapa ini bukanlah mudah seperti yang dilihat kerana perlu tahu teknik bernafas dengan betul.
Sudah semestinya, kasih seorang ayah yang kekal selamanya ini meraih perhatian ramai malah rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan pengorbanan bapa demi kesihatan anaknya.
@dr.zulkifliTomorrow is the transplant day. May Allah ease everythings♬ original sound – Zulkifli_Ayub
*Dalam pada itu, orang turut menitipkan doa agar pembedahan tersebut berjaya dan dikurniakan kesihatan baik pada masa akan datang. Semoga kedua-duanya kembali sihat!
Baca juga: Sakit Pedih Ulu Hati Sangkakan Gastrik, Rupanya Ada BATU HEMPEDU Dalam Pundi!
Sumber: Tiktok @drzulkifli