Batu hempedu biasanya terbentuk jika pundi hempedu atau saluran hempedu tersekat. Tambahan pula, batu hempedu boleh terbentuk dalam pelbagai saiz seperti berbentuk kecil seakan butiran pasir atau besar seperti bola golf.
Secara tak langsung, ia menyebabkan anda rasa sakit dan membawa kepada kesan-kesan yang membahayakan pada tubuh badan. Tidak menghairankan juga, sekiranya kesakitan yang dirasa pada ulu hati disangkakan gastrik! Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai batu hempedu, ikuti penerangan lanjut dari Doktor Samhan.
Baca juga: 7 Punca ‘Barang Dalam Seluar’ Abang Bau Kurang Enak, Sampai Naik Segan Dengan Isteri!
BATU HEMPEDU
Doktor kena tolong saya. Seorang wanita mengadu pedih ulu hati sudah beberapa hari.
“Doktor kena tolong saya. Saya pedih ulu hati tak hilang-hilang. Banyak dah klinik saya pergi, semua bagi ubat gastrik.”
“Makan ubat gastrik hilang tak pedih ulu hati?”
“Tak hilang. Kejap-kejap sakit balik. Dia rasa memulas di ulu hati dan rusuk kanan.”
“Kalau puan makan makanan pedas, makin sakit tak?”
“Ok je. Tapi kalau makan makanan berlemak memang sakit makin kuat.”
“Kalau begitu, saya kena scan dulu.”
Dari cerita pesakit seperti sudah dapat menjangka. Ini bukan gastrik. Probe ultrasound diletakkan di rusuk kanan. Kan dah jumpa sebabnya!
“Cuba puan tengok ni, ada batu dalam pundi hempedu. Ada 2 biji.”
Fungsi pundi hempedu dalam tubuh
Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati.
Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus.
Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Baca juga: Kuat Bersenam & Berat Pun Cun Tapi Kolesterol Tinggi Betul, Ini Punca Yang Ramai Tak Sangka!
KESAN BATU TERBENTUK DALAM PUNDI HEMPEDU

Gambar: wikipedia
Batu hempedu terjadi di dalam pundi hempedu dan dalam istilah perubatan dikenali sebagai Cholelithiasis. Kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut.
Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis. Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus.
Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Baca juga: “Doktor, Macam Mana Nak Tahu Kita Ada Kanser?”- Ini Jawapannya Semua Perlu Tahu!
FAKTOR PENYAKIT
1. Jantina
Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita.
2. Berat badan
Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet
Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur
Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Baca juga: 5 Manfaat Memegang Payudara Yang Dirahsiakan Wanita, Terutama Bila Dibelai Dengan Urutan!
RAWATAN
1. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu.
Kemudian barulah pembedahan dilakukan.
2. Pembedahan
Pesakit yang tidak ada simptom, kebiasaan tidak akan menjalani pembedahan. Jika pesakit sudah ada simptom, pembedahan perlu untuk membuang pundi hempedu tersebut.
Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!
Sumber: X – Doktor Samhan
FT Image: lifestylememory