Sihat

Kuat Bersenam & Berat Pun Cun Tapi Kolesterol Tinggi Betul, Ini Punca Yang Ramai Tak Sangka!

11
SHARES
punca kolesterol tinggi

Melakukan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam memang sudah menjadi rutin hidup. Ditambah pula dengan berat badan yang normal, namun kenapa pula kolesterol boleh tinggi? Mari ketahui, punca kolesterol tinggi.

Menurut Doktor Erna Nadia, selain tidak mengamalkan diet yang sihat, faktor genetik juga boleh mempengaruhi. Jadi, sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit kolesterol tinggi amatlah penting untuk lebih berhati-hati kerana berisiko. Namun, bukanlah semestinya anda akan dapat.

Baca juga: STOP Guna Dawai Kokot (Ubat Stapler) Pada Pembungkus Makanan, Anda Boleh Dipenjara!

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

punca kolesterol tinggi

Gambar: jcomp

Ada seorang ini datang check up, berat cun, gula cun, tiba-tiba kolesterol tinggi betul.

“Tapi doktor, saya suka bersukan, hari-hari saya joging, paling cikai 5km lah, macam mana boleh tinggi?”

“Saya rasa awak mesti suka makan benda bergoreng. Fast foods?”

“Perghh doktor ini bomoh ke? Tapi itu memang hari-hari lah saya tibai doktor sebab sedap. Dan mudah.”

The rest is history. Acamtulah komer.

Walau bersenam 20 jam sehari tapi makan tak jaga, tetaplah tidak sihat.

Diet yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat dan bersederhana dulu, kemudian diikuti dengan aktiviti yang sihat Insha Allah badan dan mental hebat.

Baca juga: “Doktor, Macam Mana Nak Tahu Kita Ada Kanser?”- Ini Jawapannya Semua Perlu Tahu!

Baca juga: 7 Punca ‘Barang Dalam Seluar’ Abang Bau Kurang Enak, Sampai Naik Segan Dengan Isteri!

Faktor genetik juga berperanan mempunyai masalah kolesterol tinggi

punca kolesterol tinggi

Gambar: wirestock

Macam kes ini, mungkin juga faktor genetik mainkan peranan sebab mak ayah dia ada masalah kolesterol tinggi dan darah tinggi.

Bila parents kita ada penyakit kencing manis ke, darah tinggi ke, kolesterol tinggi ke, kita sebagai anak kandung ada risiko untuk dapat tapi bukan semestinya akan dapat. Disebabkan itu jika ada sejarah keluarga, kena lebih berhati-hati.

Kolesterol, uric acid, gula tinggi semua ini mostly disebabkan oleh pemakanan yang tak betul. Tinggi gula, tinggi garam, bergoreng, makan terproses, makanan segera dan suka makan banyak banyak dalam satu masa.

Kesian perut dan usus kita nak kena hadam dan proses. Kesian jantung kita tak larat nak pam dah untuk bantu proses.

Lepas itu, minum air kosong pun kurang. Kesian buah pinggang kita nak filter semua bahan toksin. Lama lama bila semuanya dah letih, satu per satu organ akan rosak atau kurang berfungsi.

Kita yang kawal apa yang kita makan dan minum sebab tangan kita yang mengambil dan menyuap. Gitchewww. 

Dr Erna Nadia

Baca juga: Bangkitkan Aura Usia 30-an, Ikuti 5 Tips Kesihatan Wanita Agar Lebih Terjaga Pada Waktu Puncak!

Sumber: Erna Nadia

FT Image: tawatchai07

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×