Sihat

Bangkitkan Aura Usia 30-an, Ikuti 5 Tips Kesihatan Wanita Agar Lebih Terjaga Pada Waktu Puncak!

1
SHARES
tips kesihatan wanita

Kesihatan wanita berusia 30 tahun sering diabaikan kerana kesibukan mencapai kehidupan ideal. Terutama jika anda melewati usia 20-an dengan gaya hidup yang terabai dan jarang melakukan pemeriksaan fizikal. Sebelum terlambat, jom ketahui apakah tips kesihatan wanita yang perlu anda ambil perhatian menjelangnya usia 30 tahun!

Baca juga: “Doktor, macam mana nak tahu kita ada kanser?”- Ini Jawapannya Semua Perlu Tahu!

TIPS KESIHATAN WANITA USIA 30AN

tips kesihatan wanita

Gambar: garetsvisual

1. Membina kekuatan tulang

Lelaki dan wanita kedua-duanya mengalami penurunan kepadatan tulang sekitar umur 30 tahun, yang menyebabkan osteoporosis. Walau bagaimanapun, penyakit ini cenderung menyerang wanita berbanding lelaki.

Hal ini kerana, wanita mempunyai tulang yang lebih kecil daripada lelaki. Kalsium, vitamin D, dan kalium adalah tiga nutrien yang boleh membantu membina semula jisim tulang.

2. Tingkatkan aktiviti fizikal

Anda perlu melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan dalam beberapa hari seminggu dan senaman yang kuat 2-3 hari seminggu.

Langkah ini akan mengekalkan kesihatan jantung, mengurangkan risiko diabetes jenis 2, meningkatkan kesihatan mental dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

3. Ambil langkah berjaga-jaga

pemeriksaan kesihatan

Gambar: partystock

30-an mungkin waktu kemuncak dalam hidup anda. Tetapi ini juga masa yang tepat untuk menyaring pelbagai potensi risiko kesihatan. Penjagaan pencegahan boleh membantu mengesan penyakit lebih awal.

Bagi wanita, doktor mungkin mengesyorkan ujian kesihatan seperti pap smear dan saringan untuk glaukoma, diabetes, kolesterol, tekanan darah dan kanser payudara.

4. Sentiasa perhatikan berat badan

Metabolisme menjadi perlahan apabila meningkatnya usia dan hormon mungkin berubah-ubah yang boleh menyebabkan penambahan berat badan. Bersenam dengan kerap dan mengekalkan diet sihat boleh menghalang penambahan berat badan pada usia 30-an.

5. Pemeriksaan hormon

Statistik terkini menunjukkan bahawa kira-kira 80% wanita mengalami kesan ketidakseimbangan hormon, terutamanya hormon estrogen dan progesteron.

Apabila kedua-dua hormon ini tidak seimbang, anda akan mengalami masalah seperti sakit pelvis, fibroid, haid tidak teratur dan lain-lain. Jadi, lakukan pemeriksaan hormon dengan doktor untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

Baca juga: Orang Ada Masalah Sembelit & Susah Berak, Elok Ambil Sebiji Buah Naga Nanti Mudah Lawas!

Masalah kesihatan yang biasa muncul di usia 30an

tips kesihatan wanita

Gambar: freepik

Masalah kesihatan baru mungkin muncul pada usia 30-an jika anda mengekalkan gaya hidup yang tidak sihat. Berikut adalah beberapa risiko kesihatan utama yang perlu diketahui oleh mereka yang berumur 30-an:

Kesimpulan

Belum terlambat untuk anda menjadikan gaya hidup sihat sebagai tabiat sewaktu usia 30an. Bersenam bersama dengan pemakanan yang betul adalah penting untuk gaya hidup sihat.

Senaman boleh meningkatkan tenaga, mengekalkan fungsi fizikal dan boleh mencegah atau meminimumkan komplikasi penyakit kronik. Lebih banyak bergerak dan kurang duduk adalah permulaan yang baik. Apa-apa jenis aktiviti fizikal adalah lebih baik dilakukan daripada tiada langsung.

Baca juga: Kerap Kencing & Zakar Rasa Pedih Terbakar, Hati-Hati Ini Gejala Kanser Prostat!

Sumber: Yoona.ID

FT Image: master1305

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×