Dapur

Ramai Tak Tahu 5 ‘Wow Factor’ Tembikai Susu, Khasiatnya Anda Pasti Terkejut!

40
SHARES
khasiat tembikai susu

Tembikai susu atau honeydew melon merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah di mana, isinya berwarna putih kekuningan dan rasa manis. Maka, kali ini penulis ingin berkongsi khasiat tembikai susu yang banyak memberikan kelebihan kepada kesihatan tubuh badan.

Jom ikuti maklumat khasiat buah tembikai susu di bawah.

Baca juga: Rupanya Ada Banyak Kesan Kurang Ambil Gula Selama 14 Hari, Anda Mesti Tak Sangka!

KHASIAT TEMBIKAI SUSU

khasiat tembikai susu

Gambar: jcomp

Melalui laman Root of Science, di dalam 100 g buah tembikai susu terdapat sebanyak 36 kcal tenaga yang menunjukkan bahawa buah ini mengandungi kandungan kalori rendah.

Selain itu, ia turut mengandungi sebanyak 9 g karbohidrat, 0.8 g serat. Kandungan protein dan lemaknya pula rendah iaitu sebanyak 0.5 g dan 0.1 g.

Antara komponen penting lain yang terdapat di dalam buah tembikai susu adalah folat, magnesium dan kalium. Malah, khasiat tembikai susu turut tinggi dengan kandungan antioksida, beta karotin dan asid kafeik.

5 KHASIAT BUAH TEMBIKAI SUSU

Berikut merupakan 5 khasiat tembikai susu seperti di bawah:

1. Rasa kenyang lebih lama

Buah tembikai susu boleh memberikan rasa kenyang dengan lebih lama kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Sumber serat ini merupakan kunci untuk rasa kenyang lebih lama.

Jadi, sesuai lah untuk orang yang sedang diet dengan memakan buah tembikai susu. Ambil sepotong buah tembikai susu sebelum mengambil makanan utama untuk mengurangkan portion makanan yang akan diambil.

2. Bagus untuk kesihatan mata

Khasiat buah tembikai yang seterusnya adalah bagus untuk kesihatan mata kerana mengandungi sejenis antioksida yang digelar zeaxantin dan lutein. Kedua-dua antioksida ini dapat menjaga kesihatan dan saraf mata daripada rosak.

Baca juga: Tips Elak Urid Acid Naik Sewaktu Makan Daging, Minum Cuka Ini Dulu!

3. Mengandungi komponen untuk kesihatan tulang

khasiat tembikai susu

Gambar: nensuria

Tulang rapuh atau osteoporosis merupakan salah satu masalah kesihatan berkaitan tulang yang wujud. Penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan mineral seperti kalsium, vitamin K dan vitamin D.

Kalau nak tahu, tembikai susu juga mempunyai khasiat seperti vitamin K yang dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan sejenis protein untuk pembentukkan tulang yang sihat.

4. Mengembalikan elektrolit

Selain itu, khasiat buah tembikai susu yang selanjutnya adalah boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit di dalam badan. Di mana, buah ini mempunyai kandungan air dan elekrolit yang tinggi seperti kalium.

Setelah seharian penat bekerja, badan memerlukan air dan elektrolit tambahan untuk mengembalikan keseimbangan bendalir di dalam badan. Kekurangan bendalir dan elektrolit di dalam badan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti kekejangan otot dan sebagainya.

5. Menjaga kesihatan kulit

Siapa yang tidak suka akan kulit yang sihat, cantik dan bebas daripada cela, betul tak? Kalau nak tahu buah tembikai susu berkhasiat untuk menjaga kesihatan kulit.

Di mana, ia mengandungi antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel kulit, selain mengandungi vitamin C yang dapat membantu untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit.

Kesimpulan

Terdapat banyak khasiat tembikai susu yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Jadi, lepas ini boleh lah amalkan dengan memakan buah tembikai susu sebagai makanan kegemaran anda.

Paling penting, tanamkan sikap bersederhana dengan sebarang jenis makanan yang diambil. Semoga ia bermanfaat kepada para pembaca.

Baca juga: Ini 7 Manfaat Makan Telur Ayam Kampung, No. 6 Tu Orang Lelaki Paling Suka!

Sumber: Root of Science

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×