Dapur

Pakar Kongsi Cara Minum Air Chia Seeds Untuk Perut Rasa Kenyang & Bertahan Lama

114
SHARES

Tak lama saja lagi bakal menjelang bulan Ramadhan yang mulia dan sudah pasti kita perlu menahan lapar sepanjang hari sebelum masuknya waktu berbuka. Mesti ada yang pernah terbabas kan? Nak pula yang terlambat bangun dan tak sempat sahur.

Bagi memastikan anda kekal bertenaga dan kurang berasa lapar, mungkin anda boleh cuba minum air rendaman chia seeds yang dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar di laman sosialnya. Jika makan dengan kuantiti sedikit, selepas itu minum air chia seeds pula, ianya dapat membantu rasa kenyang bertahan lama.

Baca juga: Resepi Kuih Siput Rangup, Ringkas & Mudah Nak Buat!

PAKAR KONGSI CARA MINUM AIR CHIA SEEDS UNTUK PERUT RASA KENYANG

Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap? Nak kan?

Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.

CARA-CARA PENYEDIAAN CHIA SEEDS:

1. Ambil satu sudu chia seeds.

2. Masukkan ke dalam satu mug berisi air.

3. Lebih kurang 160ml gitu.

4. Biarkan 30 min. (Lagi lama lagi bagus)

Lepas makan, minum air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.

KENAPA TUBUH JADI KEKENYANGAN?

Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit. Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.

Begitulah. Bolehlah cuba!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman mereka meminum rendaman chia seeds. Rata-ratanya, bersetuju dan mengesyorkan untuk cuba minum air rendaman ini.

Ada juga yang berkesempatan mengucapkan terima kasih dan berkongsi ilmu baru ini.

PERBEZAAN ANTARA BIJI CHIA & BIJI SELASIH

Toodia.my menyatakan nutrisi biji chia lebih tinggi daripada biji selasih. Bagi yang keliru mengenai dua jenis biji ini, mari ikuti perkongsian ilmu mengenai perbezaannya.

BIJI CHIA

1. Rupanya berbentuk bujur, agak leper dan berwarna putih, hitam, kelabu dan bercorak

2. Mengambil lebih banyak masa untuk mengembang

3. Tidak mempunyai apa-apa rasa dan boleh dimasukkan dalam mana-mana resipi.

4. Boleh dimakan begitu saja tanpa perlu direndam. Boleh gunakan dalam masakan, atau taburkan saja diatas makanan yang anda mahu seperti yogurt, pudding, salad, malah nasi putih pun boleh.

5. Salutan gelatin pada biji chia lebih jernih dan permukaan kulit masih boleh dilihat.

BIJI SELASIH

1. Rupanya lebih bulat dan bewarna hitam.

2. Mula mengembang sebaik saja terkena air.

3. Mempunyai sedikit rasa.

4. Anda perlu rendamkannya dahulu sehingga kembang sebelum dimakan.

5. Salutan gelatin biji selasih berwarna putih pekat hingga tidak kelihatan permukaan biji selasih.

Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar & Toodia.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×