Dapur

Rupanya Ada Banyak Kesan Kurang Ambil Gula Selama 14 Hari, Anda Mesti Tak Sangka!

2
SHARES
kesan pengambilan gula

Memutuskan untuk mengurangkan pengambilan gula atau cut sugar bukanlah tugas yang mudah. Hal ini kerana, anda perlu menahan diri daripada menikmati makanan yang digemari. Biarpun begitu, usaha anda tidak akan disia-siakan kerana terdapat beberapa kesan pengambilan gula kepada tubuh badan sekiranya dikurangkan selama beberapa tempoh.

Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, tidak mengambil sumber gula daripada kelompok minuman manis dan makanan berproses selama 14 hari akan memberikan kesan positif kepada kesihatan anda. Jom lihat senarai di bawah!

Baca juga: Tips Elak Urid Acid Naik Sewaktu Makan Daging, Minum Cuka Ini Dulu!

KESAN PENGAMBILAN GULA DIKURANGKAN

kesan pengambilan gula

Gambar: pvproductions

Tahu apa akan terjadi bila kita CUT SUGAR selama 2 minggu? Terutama sumber gula daripada kelompok minuman manis dan makanan berproses?

Selama 14 hari, langsung tak sentuh 2 makanan ni. Ini yang bakal berlaku:

  1. Perut buncit mulai kempis. Tidak lagi tersembul keluar.
  2. Bentuk muka yang membulat melebar mulai meruncing.
  3. Kolesterol jahat dalam tubuh mulai menurun.
  4. Penglihatan mulai lebih jelas. Yang pakai spek power makin menurun.
  5. Daya memori mulai menajam. Tak kerap alami ‘brain fog’.
  6. Kesemutan atau kebas pada hujung jari kaki/tangan mulai berkurang.
  7. Yang kerap kencing tengah malam mulai berkurang kadar kekerapan.
  8. Fizikal tubuh mulai meningkat dari segi stamina dan tenaga.
  9. Perasaan nak mengudap makanan manis mulai berkurang.
  10. Sengal pada sendi, otot dan tulang mulai berkurang.
  11. Berat turun tonjolkan berat sebenar kerana ‘fat loss’.
  12. Mood dan emosi mulai stabil dan lebih gembira.
  13. Kulit mulai cerah, bersih dan glowing.
  14. Seluar dan baju makin melonggar. Badan makin ringan.

Padu tak padu? Itu baru 2 minggu. Bayangkan kalau sebulan, 6 bulan ataupun setahun. Ayuh! Cabar diri tuan puan demi masa depan jauh lebih sihat dan bebas penyakit kronik.

Baca juga: Ini 7 Manfaat Makan Telur Ayam Kampung, No. 6 Tu Orang Lelaki Paling Suka!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×