Gula putih bertukar menjadi keras sering kali menyukarkan kerja di dapur, terutama apabila ingin digunakan dalam masakan atau minuman.
Namun, ada beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk memastikan gula kekal kering dan tidak berketul. Di bawah ini penulis kongsikan tips mudah yang boleh anda cuba untuk elak masalah ini.
Baca juga: Cara Buat Tart Telur Versi Mini Untuk Anak, Sekali ‘Ngap’ Memang Tak Cukup Satu!
TIPS ELAK GULA PUTIH JADI KERAS, TAK PAYAH KETUK-KETUK

Freepik
1. Guna buah epal
Bagi mengelakkan gula putih menjadi keras, anda boleh letakkan beberapa hirisan epal ke dalam bekas gula. Biarkan beberapa hari dan gula akan kembali seperti biasa.
2. Roti
Selain menggunakan buah epal, anda juga boleh cuba letakkan sekeping roti di dalam bekas gula. Tinggalkan satu keping untuk membantu memberi kelembapan kepada gula, terutamanya gula perang.
3. Guna beg reasealable
Cara seterusnya untuk mengelakkan gula putih mengeras, anda boleh menggunakan beg plastik jenis ‘resealable’. Pengunaan beg jenis ini dapat memastikan udara tidak masuk, sekali gus membantu mengekalkan tekstur gula putih agar kekal kering dan tidak mudah mengeras.
4. Guna bekas kedap udara
Bagi mengelakkan gula putih menjadi keras, disarankan agar simpan di dalam bekas kedap udara untuk memastikan kelembapan dari udara tidak masuk.
Dengan menggunakan bahan dan bekas yang sesuai, anda boleh menyimpan gula putih dalam keadaan baik untuk tempoh yang lebih lama.
Tips ini bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa anda di dapur, tak perlu lagi ketuk-ketuk gula yang keras sebelum digunakan!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Butter Kesukaan Suami, Mudah Tapi Hati Mesti Terpikat!
Sumber: CSR Teman Sajian
