Sihat

Ini 15 Pengganti Gula Selain Madu, Memang Bagus Untuk Kesihatan

10
SHARES
PENGGANTI GULA

“Hmm, apa pengganti gula yang terbaik ya?”

Seperti mana kita tahu, makanan manis yang mengandungi gula tinggi tidak baik untuk kesihatan. Antara alternatif untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah menggantikan gula dengan bahan lain.

Selain madu, ada beberapa pengganti gula anda boleh cuba amalkan. Memang bagus untuk kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Rugi Kalau Tak Pernah Masak Ikan Dori Untuk Anak, Rupanya Ada 1001 Khasiat! (Ada Resipi Juga)

15 PENGGANTI GULA SELAIN MADU, BAGUS UNTUK KESIHATAN JUGA

PENGGANTI GULA

1. BUAH LAN HAN KUO

Buah ini tumbuh di Asia Tenggara dan menariknya, ia tidak mengandungi sebarang kalori dan 100 hingga 250 kali lebih manis daripada gula.

Rasa manis diperoleh daripada gula semula jadi seperti fruktosa dan glukosa. Selain itu, ia juga mengandungi anti oksidan yang baik untuk kesihatan.

2. MOLASSES

Molasses adalah cecair manis berwarna coklat dengan konsistensi yang pekat. Ia dapat dihasilkan daripada rebusan buah tebu. Mengandungi vitamin, mineral dan tinggi dengan kalsium yang baik untuk kesihatan tulang.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu mengambil molasses sebagai pengganti gula.

3. SIRAP MAPLE

Sirap maple adalah cecair pekat dan manis yang diperbuat daripada getah pokok maple. Selalunya sirap ini digunakan untuk dimakan dengan pancake.

Ia mengandungi nutrien penting seperti mineral, kalsium, kalium, besi dan zink. Kebaikan pengganti gula ini juga bersifat anti radang dan tinggi anti oksidan. Jadi, bagus untuk menghalang radikal bebas dalam badan.

4. MADU

Umum mengetahui, madu merupakan salah satu pengganti gula. Teksturnya yang pekat mudah diolah menjadi pelbagai menu makanan.

Ibu dinasihatkan untuk tidak memberi madu kepada kanak-kanak berusia bawah 1 tahun kerana ia berisiko mencetuskan tindak balas botulisme, iaitu jangkitan bakteria yang menyerang sistem pencernaan anak.

5. SIRAP UBI YACON 

Sirap yacon diekstrak daripada tumbuhan yang dipanggil Smallanthus sonchifolius. Tanaman ini selalunya ditemui di Amerika Selatan.

Antara manfaat sirup ini adalah:

  • Bertindak sebagai prebiotik
  • Baik untuk penghadaman
  • Rasa kenyang lebih lama

PENGGANTI GULA

6. KURMA

Ibu boleh mula memperkenalkan kurma kepada si kecil sejak berusia enam bulan kerana mengandungi vitamin dan nutrisi yang bagus untuk kesihatan.

7. UBI KELEDEK

Ubi keledek mempunyai rasa manis semula jadi dan merupakan pilihan yang baik untuk menggantikan gula.

Selain itu, alternatif gula yang satu ini juga penting untuk diketahui! Dikenali sebagai D-alulose, ia secara semula jadi terdapat dalam buah-buahan tertentu.

8. ALLULOSE

Kajian di Frontiers mendapati 70% daripada kemanisan gula ini mengandungi hanya 0.2 kalori setiap gram. Ia juga boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah dan insulin untuk penghidap diabetes.

9. GULA XYLITOL

Gula xylitol adalah antara pengganti gula. Ia adalah gula yang diproses daripada jagung. Agak jarang didengar, tetapi xylitol mempunyai manfaat seperti:

  • Mengekalkan kekuatan gigi
  • Mengekalkan pertumbuhan tulang
  • Mengawal paras gula dalam darah

10. UBI BIT MERAH

Selain itu, anda juga boleh mencuba menggunakan ubi bit merah sebagai pengganti gula. Manfaat bit merah untuk kesihatan adalah:

11. SUSU BADAN IBU

Pengganti gula juga boleh diperolehi daripada susu ibu kerana mengandungi rasa manis semula jadi. Oleh itu, mencampurkan susu ke dalam makanan pejal atau puri boleh memberikan rasa manis yang lebih sihat.

12. PISANG

Pisang kaya dengan potassium dan mengandungi rasa manis semula jadi. Jadi, ia boleh dijadikan sebagai pengganti gula untuk menu harian.  Ibu hanya perlu melenyekkan pisang untuk dijadikan sebagai gula asli.

13. DAUN STEVIA

Pernahkah anda dengar tentang daun stevia? Khasiat stevia untuk kesihatan tak perlu diragui. Ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah diabetes.

14. BUAH EPAL

Buah epal boleh diberikan kepada si manja anda seawal usia enam bulan. Hirisan epal sesuai dijadikan sebagai pengganti gula untuk makanan harian.

15. GULA POLIOL

Gula poliol adalah sejenis karbohidrat semula jadi yang ditemui dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Makanan Ini Boleh Bantu Untuk Hilangkan Dahaga & Sejukkan Badan, Fuh Memang Lega!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×