Sihat

10 Makanan Ini Boleh Bantu Untuk Hilangkan Dahaga & Sejukkan Badan, Fuh Memang Lega!

33
SHARES
MAKANAN UNTUK HILANGKAN DAHAGA

Dehidrasi adalah keadaan di mana badan kehilangan garam dan air. Pada musim panas ini, pastikan anda minum air yang mencukupi. Selain itu boleh juga cuba ambil makanan untuk hilangkan dahaga dan sejukkan badan.

Seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Twitter, terdapat 10 jenis makanan dan minuman yang mampu memberikan kesegaran sepanjang hari.

Baca juga: 3 Teknik Masak Jering Dengan Betul Sebelum Makan, Barulah Bagus Untuk Kesihatan

10 MAKANAN UNTUK HILANGKAN DAHAGA & SEJUKKAN BADAN

MAKANAN UNTUK HILANGKAN DAHAGA

1. BUAH TEMBIKAI

Tembikai mengandungi 90% air yang dapat membantu menangani dehidrasi. Ia juga mengandungi serat yang dapat mengurangkan sembelit.

2. TEH PANAS

Betul ke minum air panas boleh mengurangkan kepanasan? Benar, minuman berais dapat mengurangkan dahaga. Namun, air hangat dapat membantu meregulasi suhu badan kita.

Teh panas merupakan sejenis diuretik. Ia akan menyebabkan anda membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap. Badan mungkin akan kehilangan lebih banyak air namun proses evaporasi yang berlaku melalui peluh dapat membuatkan badan lebih sejuk.

3. AIR KELAPA

Selain rasanya yang manis, air kelapa dapat mengurangkan risiko dehidrasi. Ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus dan juga potassium yang penting untuk badan.

4. TIMUN

Sama seperti buah tembikai, timun mengandungi hampir 95% air. Lebih elok dimakan secara mentah atau dijadikan salad kerana selepas dimasak air di dalamnya akan hilang.

5. SUP

Sama seperti teh panas, sup akan menggalakkan anda berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan akan rasa lebih sejuk.

MAKANAN UNTUK HILANGKAN DAHAGA

6. YOGURT

Protein dalam yogurt dapat mengisi perut dan membuatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu mengelakkan makanan yang masin dan tinggi kalori.

Yogurt juga mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan anda sentiasa sihat.

7. JUS BUAH-BUAHAN SITRUS

Buah oren dan lemon kaya dengan vitamin C dan potassium, sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas.

8. MANGGA

Jika dimakan sejuk, mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan.

9. JAGUNG

Jagung dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis anti oksidan yang penting untuk kesihatan mata. Anti oksidan ini juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang dapat menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas.

10. AIR KOSONG

Jangan lupa untuk minum 6 hingga 8 gelas air setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×