Famili

Jangan Ambil Mudah Bila Badan Kurang Air. Ketahui Tanda-Tanda Dehidrasi Untuk Selamat!

106
SHARES

Apabila difikirkan semula, apa yang anda perlukan untuk hidup? Makanan atau air? Kedua-duanya adalah penting tetapi anda perlu tahu bahawa air adalah sumber yang paling penting kepada semua hidupan. Hampir 60 peratus badan manusia adalah terdiri daripada air.

Setiap hari, manusia perlu minum air dengan cukup untuk hidup. Sudah tentu peratusan air adalah berdasarkan umur dan kondisi badan seseorang. Secara amnya, seorang lelaki dewasa memerlukan 3 liter air manakala seorang perempuan dewasa memerlukan 2.2 liter air sehari. Namun, masih ramai dalam kalangan kita tidak tahu bahawa ini adalah tanda-tanda badan anda mengalami dehidrasi. Awas jika anda mengalaminya!

1. Mulut, kulit dan mata rasa kering

http://efekancoskunseven.com/

http://efekancoskunseven.com/

Percaya atau tidak jika badan anda kekurangan air, maka ia akan terserlah melalui kulit. Jarang berpeluh akibat kurang minum air boleh menyebabkan segala toksin terkumpul dalam badan. Tahu atau tidak, jika anda susah untuk mengeluarkan air mata juga adalah salah satu tanda badan kekurangan air.

2. Kurang kekerapan ke tandas, air kencing berwarna gelap dan pekat

http://all-free-download.com/

http://all-free-download.com/

Tanda yang paling mudah untuk anda kenalpasti badan kekurangan air atau tidak adalah kekerapan ke tandas. Kurang membuang air kecil boleh membawa risiko penyakit kerana segala toksin terkumpul di dalam badan. Air membantu untuk melancarkan sistem urinari kita supaya segala toksin dapat dikeluarkan secara natural. Jika anda hanya pergi ke tandas untuk membuang air kecil hanya satu ke dua kali sehari, maknanya anda perlu minum air dengan lebih banyak lagi.

Warna air kencing adalah salah satu penanda aras tahap dehidrasi badan anda. Jika warna air kencing anda kuning pekat atau berwarna coklat, itu bermakna anda berada di tahap dehidrasi yang bahaya. Cuba latih diri untuk minum dua gelas air sebelum tidur untuk perjalanan sistem urinari yang normal.

3. Risiko darah tinggi

www.aatmastudio.com

www.aatmastudio.com

Dehidrasi menyebabkan darah menjadi pekat dan perjalanan saluran darah akan menjadi lambat. Selain dari itu, kandungan sodium atau garam dalam saluran darah juga akan meningkat sekiranya badan kekurangan air. Apabila anda terdedah dengan masalah darah tinggi, anda juga mungkin akan terdedah dengan risiko penyakit lain juga.

4. Rasa lapar walaupun baru sudah makan

www.aatmastudio.com

www.aatmastudio.com

Rasa lapar adalah perkara biasa yang menandakan bahawa anda perlu makan. Tetapi, situasi ini juga agak mengelirukan kerana ia mungkin petanda badan anda sedang mengalami dehidrasi. Dehidrasi mempunyai ‘trick’ tersendiri apabila membuat badan anda berasa lapar sedangkan apa yang perlu adalah minum air dengan secukupnya. Anda boleh cuba minum segelas air jika perut berasa lapar dan jika rasa lapar hilang, maka anda mengalami dehidrasi.

5. Masalah penghadaman

www.reference.com

www.reference.com

Air membantu segala sistem di dalam badan beroperasi secara normal termasuklah sistem penghadaman. Kurangnya pengaliran air dalam badan juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Apabila badan berada dalam keadaan kering, usus besar menyerap air daripada makanan yang anda makan. Justeru, situasi ini boleh menyebabkan anda terdedah dengan risiko pelbagai penyakit seperti sembelit, refluks asid, ulser, dan isu-isu pencernaan yang lain.

6. Masalah kulit

http://vkool.com/

http://vkool.com/

Tanda jelas anda mengalami dehidrasi akan terpancar dari sudut luaran badan terutamanya kulit. Hal ini kerana, air membantu untuk ‘detox’ dan hidrat kulit supaya sentiasa nampak sihat. Selain dari mengalami masalah jerawat, anda juga boleh berisiko penyakit-penyakit seperti ekzema dan psoriasis.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×