Sihat

3 Teknik Masak Jering Dengan Betul Sebelum Makan, Barulah Bagus Untuk Kesihatan

214
SHARES
CARA BETUL MASAK JERING

Ramai dalam kalangan kita, masih lagi tidak tahu cara betul masak jering. Ini kerana ada segelintir yang terus makan tanpa diproses dengan betul.

Seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, untuk mengurang asid djenkolic di dalam jering, terdapat beberapa teknik boleh dilakukan. Barulah kesihatan terjamin.

Baca juga: Doktor Kongsi 6 Cara Merawat Ulser Dengan Cepat & Berkesan Tanpa Guna Ubat Mulut

CARA BETUL MASAK JERING, BARU BAGUS UNTUK KESIHATAN

CARA BETUL MASAK JERING

Kajian yang dilakukan oleh saintis pada tahun 2011 menunjukkan bahawa jering mempunyai sifat anti bakteria dan anti fungus. Walaupun jering bagus dan boleh dijadikan makanan kesihatan namun perlu diingatkan bahawa perlu lebih berhati-hati sebelum memakannya kerana perlu diproses terlebih dahulu.

Kajian juga mendapati jering boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ia mengandungi asid djenkolic yang boleh memudaratkan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Bahan ini boleh membentuk kristal tajam dalam saluran kencing sehingga menyebabkan kesakitan dan haematuria (darah dalam air kencing)

Asid djenkolic dilaporkan ada pada kadar 2 gram dalam setiap 100 gram jering. Kajian menunjukkan terdapat beberapa teknik untuk menghilangkan atau mengurangkan asid djenkolic dalam jering.

Di antaranya adalah jering perlu:

1. Direbus beberapa kali sehingga bau hilang.

2. Direndam di dalam air masin selama beberapa jam dan direbus.

3. Ditanam dalam tanah selama 14 hari sehingga bercambah dan kemudian direbus.

Di Selatan Thailand, jering selalu dimakan dengan kari atau dengan makanan panas. Difahamkan, jering perlu direbus terlebih dahulu beberapa kali bersama abuk kayu, daun buluh dan sudu besi.

Jadi, pastikan anda proses menggunakan tiga teknik yang dikongsikan sebelum memakannya dan makan ikut kadar yang disarankan. Jangan terlebih dan jaga kesihatan diri.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×