Sihat

Bukan Hanya Boleh Merawat Masalah Kencing Manis, Ini 7 Khasiat Labu Air Anda Kena Tahu

70
SHARES
khasiat labu air

Labu air atau nama saintifiknya Lagenaria Siceraria berbentuk bujur dan memiliki isi berwarna putih. Rasanya seakan-akan timun dan boleh dimasak pelbagai jenis menu.

Sama seperti sayuran lain, ia juga tidak terkecuali miliki kebaikan untuk tubuh badan. Berikut kami kongsikan 7 khasiat labu air yang ramai orang tak tahu. Jom baca!

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

7 KHASIAT LABU AIR UNTUK KESIHATAN BADAN, AMALKAN

1. CEGAH OBESITI

KHASIAT LABU AIR

Manfaat pertama labu air untuk kesihatan badan adalah keupayaannya untuk mencegah obesiti. Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan labu air secara berkala boleh menjadi pilihan alternatif.

Ini kerana labu air mengandungi serat makanan, kandungan air yang tinggi, dan rendah kalori. Makanan rendah kalori boleh membantu untuk mengimbangi nutrisi dalam badan.

2. CEGAH SEMBELIT

Disebabkan ia mempunyai serat pemakanan dan kandungan air yang agak tinggi, manfaat labu air seterusnya adalah dapat mengekalkan kesihatan penghadaman atau mencegah sembelit.

Ini kerana serat diperlukan oleh badan untuk melancarkan proses pembuangan air besar dan menambah jisim badan.

3. CEGAH PENYAKIT KRONIK

Labu air juga berfungsi untuk mencegah beberapa penyakit kronik seperti diabetes, malaria, strok dan kanser yang boleh mengancam nyawa kerana ia bertindak sebagai anti oksidan.

4. TINGKAT KESIHATAN TULANG

Selain itu, khasiat labu air untuk kesihatan badan adalah dapat mengekalkan kesihatan tulang. Ini kerana dalam satu labu air terdapat kandungan magnesium, kalsium, fosforus, serta beberapa mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi.

Jadi, pengambilan labu air dengan kerap adalah langkah yang tepat untuk mereka yang mengalami gangguan kesihatan tulang seperti osteoporosis.

KHASIAT LABU AIR

5. BANTU PROSES DETOKSIFIKASI

Seperti yang kita tahu, setiap hari tubuh terdedah kepada banyak bahan toksik yang datang dari udara, makanan, dan sebagainya.

Dengan mengambil labu air, badan boleh memperoleh banyak kandungan air dan meningkatkan tempoh rembesan. Rembesan adalah proses membuang toksin, asid urik, dan lain-lain perkara yang tidak diperlukan oleh badan.

6. CEGAH DARAH TINGGI

Kandungan kalium yang tinggi dalam labu air mampu mencegah masalah darah tinggi. Selain itu, kandungan potassium turut mampu melancarkan saluran darah bagi mengelakkan tersumbat.

7. TURUNKAN GULA DALAM DARAH

Kandungan indeks glisemik rendah dalam labu air dapat membantu memastikan gula dalam darah stabil. Jadi, penghidap diabetes boleh tambahkan labu air dalam pemakanan harian anda.

Wah, tak sangka labu air banyak khasiat untuk kesihatan badan. Memang kena cuba!

Baca juga: Stres Susah Membuang? Cuba Resipi Air Telang Selasih Lemon Ini, Boleh Rawat Batuk, Gerd & Sembelit!

Sumber: Merdeka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×