Dapur

Resipi Cucur Labu ‘Gluten Free’ Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Kena Try!

436
SHARES

“Lebihan labu ni nak buat apa.. Takkan asyik nak buat bubur je..tapi kalau simpan nanti rosak”

Para ibu mesti penat fikirkan menu apa untuk dimasak untuk habiskan stok labu dalam peti. Jika disimpan, mudah rosak. Jika dibuat pengat labu manis pula, mengandungi gula yang tinggi tak elok untuk anak kecil. Jadi, ibu ini kongsi resipi cucur labu gluten free rangup diluar lembut di dalam yang sedap sesuai untuk anak kecil.

CUCUR LABU VERSI GLUTEN FREE

Ada lebihan labu kat dalam peti ais. Fikir punya fikir. Macam mana nak bagi labu cepat habis. Sayang kalau dah start rosak. Labu sangat bagus untuk sistem penghadaman kita dan anak-anak. Ting! Ahaaa, apa kata kita buat cucur labu versi gluten free. Ala-ala potato fritters tu. Guna dua bahan mudah saja.

BAHAN-BAHAN

1-2 cawan tepung beras

1 cawan labu disagat

Air ikut keperluan

Sedikit garam untuk anak usia atas 2 tahun.

Cuma kalau anak jenis mudah berkahak. Tidak digalakkan selalu buat.

CARA-CARA

Lebihan labu yang disagat penuh kasih sayang..

Tambahkan tepung.. Penggunaan garam hanya untuk anak atas 2 tahun tau.. Air jangan lupa..

Gaulkan semua bahan-bahan tadi. Tahap kekentalan cucur. Terpulang pada kalian.

begini rupa dia bila dah digoreng. Rangup jugak. Rasa lemak manis dari labu.

Sumber: Umairah Jamaah

Most Popular

To Top