Dapur

Anak Bosan Dengan Sajian Yang Sama? Ini 6 Resipi Comel Yang Boleh Anda Cuba Untuk Anak Anda!

5.4K
SHARES

 

Setiap ibu bapa mesti inginkan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Jadi, solusi mudahnya adalah dengan menyiapkan bekalan makanan dari rumah untuk mereka ke sekolah. Tapi, kanak-kanak ni cepat bosan. Silap-silap tak terusik langsung bekal tu.

Ha, jangan buang dulu bahan-bahan yang dah ada tu! Kita tak boleh berputus asa! Ibu-ibu masih boleh sediakan makanan dari bahan yang sama tapi jadikan ia lebih menarik dan comel. Barulah anak-anak tak bosan dan lagi excited nak tunggu waktu makan! Anda boleh cuba resipi di bawah ni!

1. Nasi Goreng Labu Si Ikan Duyung!

Ha, tak semestinya menu yang fun-fun dan comel macam ni tak ada makanan berat dan berkhasiat. Ini antara menu yang anda boleh cuba. Nasi Goreng Labu, buah-buahan dan minuman MILO UHT untuk lagi boost tenaga anak-anak. Pattern ni sesuai sangat untuk anak perempuan anda yang memang minat mermaid!

2. Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek!

Lepas buat nasi goreng labu, lebihan labu tu boleh lah buat labu tuna lecek ni! Makan dengan pulak dengan tortilla yang dipotong mengikut pelbagai bentuk dan size! Last step, dekor lecekan labu dan tuna seakan-akan itik. Comelkan?

Gandingan labu dan tuna ni mungkin nampak simple tapi anak-anak akan dapat khasiat dan protein secukupnya!

3. Salad Pasta Hawaii!

Pasta memang digemari kanak-kanak. Selalunya sama ada aglio oglio atau carbonara akan disajikan. Apa kata tukar kepada pasta ni pulak. Tapi pasta ni special sikit! Tuna, pasta dan nenas digabungkan menjadi satu hidangan! So, anda boleh cuba perkenalkan pasta ni kepada anak-anak anda. Mesti diorang suka punya! Ada pulak kartun comel dekat atas.

4. Burrito Telur Hancur!

Menu ni bukan je digemari kanak-kanak, orang dewasa pun suka tau! Tortilla telur hancur yang digulungkan bersama dengan salad, tomato dan keju! Nak buat pun mudah. Kemudian letak je satu kotak MILO UHT di tepi, terus siap! Makanan lengkap dengan khasiat untuk anak anda!

5. Wrap Ayam Daun Salad!

Kalau taknak guna tortila, anda boleh tukarkan kepada daun salad! Isikan dengan ayam yang sudah dicampurkan dengan sayur campuran kemudian letakkan di atas daun salad. Packkan sekali dengan kerepek ubi kentang yang dibuat sendiri dan semestinya sekotak MILO UHT untuk hidangan yang lengkap!

6. Sandwich Mentega Kacang!

Dan yang terakhir, kalau anak anda request untuk buatkan bekalan yang manis, boleh cuba sandwich mentega kacang ni! Kanak-kanak mana yang tak suka bear kan? Bila bukak je bekalan ni mesti mereka rasa sangat istimewa dan disayangi.

Semua makanan ni nampak simple tapi berkhasiat! Tapi..macam mana nak bahagikan khasiat makanan tu ya?

Anda boleh ikut formula suku-suku separuh! Tak tahu apa tu suku-suku separuh? Video dibawah akan menjelaskan apa yang anda patut letak suku dan apa yang patut dilebihkan:

Tapi jangan lupa, mereka masih lagi memerlukan sarapan pagi untuk memulakan hari mereka. Menu ini sesuai untuk dibekalkan untuk makan tengah hari ataupun minum petang. Ini kerana selepas menjalani pelbagai aktiviti disekolah, level energy kanak-kanak akan berkurang lagi-lagi selepas waktu rehat!

Anak anda memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi untuk menjalani hari mereka. Sebab tu, setiap menu diletakkan sekotak MILO UHT! Dengan MILO UHT, tenaga yang diberikan cukup untuk membantu kanak-anak menjalani aktiviti seharian di sekolah. Sesi pembelajaran juga akan lebih mudah kerana mereka lebih fokus!

Dipenuhi dengan kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, dan diperkaya dengan ACTIV-GO®; campuran unik vitamin dan mineral, MILO UHT merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi!

Tak sabarnya nak buat untuk anak-anak!

Ha, sebab tu jangan risau kalau anak anda bosan dengan makanan yang sama. Sebenarnya ia hanya perlukan sedikit trick mudah untuk membuatkan anak anda nampak yang makanan tu berbeza! Macam cara di atas, senang kan? Anda bolehlah mula mencuba sekarang!

Untuk lebih resipi-resipi yang lebih menarik dan maklumat lanjut anda boleh klik di sini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×