Sihat

Petua Tradisional Kurangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat, Kena Cuba!

87
SHARES
TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI

“Aduh! Sakitnya gigi. Apa tips hilangkan sakit gigi ni…”

Masalah sakit gigi memang boleh mengganggu aktiviti harian, kadangkala nak tidur malam pun tak boleh kerana tidak selesa. Pelbagai petua sudah dicuba tetapi masih lagi berlarutan. Perkara pertama yang akan terlintas adalah berjumpa dengan doktor gigi tetapi pasti ada yang takut kan?

Jadi, hari ini kami kongsikan tips hilangkan sakit gigi secara tradisional untuk anda cuba meredakan sakit tersebut. Mana tahu boleh hilang sebelum jumpa doktor. Selamat mencuba!

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI SECARA TRADISIONAL, MENJADI!

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI

1. TOMATO

Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi ke dalam gigi yang sakit. Biarkan seketika dan kumur.

2. ASAM JAWA

Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gig yang sakit.

3. GARAM

Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Biarkan seketika sehingga suam dan kumur untuk meredakan sakit gigi.

4. BUNGA CENGKIH

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5. KAPUR SIRIH

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Selain itu, boleh juga kunyah sirih yang dicampur dengan kapur.  Dengan cara ini sakit gigi akan berkurangan.

6. DAUN SIRIH

Ambil 10 helai daun sirih tua dan rebus sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan tapiskan. Kumur menggunakan air rebusan daun sirih dan sakit gigi akan reda.

TIPS HILANGKAN SAKIT GIGI

7. ALOE VERA

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan dalam masa dua hingga tiga jam.

8. DAUN SERAI

Ambil daun serai dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini
hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

9. LIMAU NIPIS

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga suam dan
kumur menggunakan air itu sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakit gigi berkurangan.

10. BAWANG PUTIH

Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Untuk mendapatkan kesan yang mustajab, biarkan selama sekurang- kurangnya satu jam.

Mudah kan? Jangan lupa cuba petua di atas.

Baca juga: Pening Kepala Suhu Badan Anak Tak Turun? Jangan Risau, Ini Tips Penting Ibu Ayah Kena Cuba

Sumber: Facebook Petua Ibu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×