Sihat

Pening Kepala Suhu Badan Anak Tak Turun? Jangan Risau, Ini Tips Penting Ibu Ayah Kena Cuba

83
SHARES
CARA KURANGKAN PANAS BADAN

“Hmm, apa lagi cara kurangkan panas badan anak ni..”

Setiap kali anak demam, pasti hati ibu ayah gelisah dan tak senang duduk dibuatnya lebih-lebih lagi jika suhu mencecah 39 darjah celcius.

Pelbagai cara sudah dicuba tetapi tidak menjadi. Jangan susah hati, buat ibu ayah di luar sana jom kami kongsikan cara kurangkan panas badan anak dengan cepat dan paling berkesan.

Baca juga: Ada Orang Kata Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair, Fakta Atau Mitos Semata-Mata Ya?

CARA KURANGKAN PANAS BADAN ANAK PALING BERKESAN

CARA KURANGKAN PANAS BADAN

1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Pengambilan air yang secukupnya dapat membantu tubuh badan kekal hidrat. Jus buah-buaham, susu dan air masak boleh meningkatkan tenaga dan mengurangkan suhu badan.

Untuk memastikan anak mendapat air yang mencukupi:

Pastikan beri susu badan dengan kerap kerana bayi dan kanak-kanak kecil tidak dapat memberitahu sekiranya mereka dahaga.

– Berikan susu badan atau susu botol lebih kerap kepada bayi berusia kurang enam bulan.

– Untuk bayi berusia enam bulan ke atas, boleh beri sedikit air masak selepas menyusu.

– Beri minuman berasaskan buahan-buahan dan elakkan minuman bergas.

2. RENDAM KAKI DALAM AIR SEJUK

Rendam kaki dalam air sejuk boleh mengurangkan suhu badan. Hanya tambah air sejuk dan kiub ais ke dalam baldi dan rendam selama 20 minit.

3. PAKAI PAKAIAN NIPIS

Untuk mengelakkan suhu badan meningkat, pastikan anda beri si kecil pakaian yang bersesuai. Pakaian tebal tidak sesuai digunakan semasa demam kerana akan menyebabkan suhu badan anak terperangkap.

4. MANDIAN CUKA EPAL

Selain mandi menggunakan air sejuk, boleh juga mencuba mandian air suam dan campur sedikit cuka epal. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak secara serta-merta.

5. POPSIKEL BUAH-BUAHAN

Popsikel ais boleh menyejukkan badan anak. Cara membuatnya mudah sahaja iaitu dengan membekukan puri buah dalam acuan popsikel.

Jangan tambah sebarang gula kerana buah sudah mengandungi gula semula jadi yang bagus untuk badan dan boleh membantu mengurangkan demam.

CARA KURANGKAN PANAS BADAN

6. ALOE VERA 

Daun dan gel aloe vera boleh membantu menurunkan suhu badan. Anda boleh sapukan gel aloe vera pada kulit untuk mengurangkan suhu badan. Untuk lebih berkesan, simpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan.

7. BAWANG MERAH/PUTIH

Untuk mengurangkan panas badan anak, boleh tumbuk bawang putih atau bawang merah. Kemudia, campur dengan sedikit minyak masak dan sapukan di bahagian dada, kaki dan atas hidung.

RAWATAN TRADISIONAL

CARA KURANGKAN PANAS BADAN

Antara rawatan tradisional yang boleh dicuba untuk menurunkan suhu badan anak adalah:

– Hiris halus limau nipis dan campurkan dengan 2 batang daun bawang merah. Ambil 5 sudu minyak kayu putih dan masukkan 1/2 sudu garam halus. Gaul sehingga rata. Sapukan pada seluruh badan 2 jam sekali.

– Ambil 2 sudu teh madu lebah, 1 biji kuning telur dan 1 biji limau nipis yang diperah. Campurkan kesemuanya dan kacau. Kemudian, tambah 1/2 gelas air panas lalu minum.

– Keringkan kulit bunga tanjung dan tumbuk sehingga hancur. Letak sedikit air panas dan masukkan beberapa titik kedalam hidung.

Ambil asam gelugur sebanyak 7 keping kemudia salai di atas bara. Bila layu, angkat dan sejukkan. Apabila hendak tidur, letak di atas perut.

– Petik beberapa helai daun bunga raya. Basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Ramas-ramas daun tersebut sehingga keluar lendir. Celupkan tuala dalam lendir dan lumurkan lendir di kepala.

– Parut 3 buku ubi kayu dan tempalkan di kepala.

Sekiranya demam berlarutan dan suhu semakin meningkat, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Baca juga: AWAS! Disangka Pedih Ulu Hati, Rupanya Itu Tanda Anda Ada Masalah Batu Karang Hempedu

Sumber: NSW Health, KLAY School & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×