Dapur

5 Resipi Air Tanpa Gula Putih Sesuai Untuk Anak, Tentu Si Kecil Suka & Minum Berkali-Kali!

69
SHARES
RESEPI AIR TANPA GULA

Minuman manis memang menjadi kegemaran anak kecil tetapi tidak boleh diberikan selalu kerana kandungan gula yang tinggi boleh mengganggu kesihatan anak. Jadi, apa solusi sekiranya anak mahu minum air manis? Jangan risau, ibu ayah boleh cuba 5 resepi air tanpa gula putih di bawah untuk diberikan kepada anak.

Bukan sahaja sedap malah lebih berkhasiat dan sihat berbanding air yang dijual di kedai. Jom cuba!

Baca juga: Dah Tak Ada Idea Nak Masak Apa? Jangan Risau, Ini 50 Idea Menu Berbuka & Sahur

RESEPI AIR TANPA GULA PUTIH SESUAI UNTUK ANAK, LEBIH SIHAT

Jom kita try buat air tanpa gula putih untuk anak berbuka puasa nanti. 5 jenis air saya share kalini. Semua tak ada gula putih. 

1. HOMEMADE RIBENA

RESEPI AIR TANPA GULA

Bahan-bahan:

  • Anggur
  • Madu
  • Air sejuk

Cara penyediaan:

– Masuk anggur dan air, blend kasar, tambah madu dan kacau sekata.

2. HOMEMADE MILO

RESEPI AIR TANPA GULA

Bahan-bahan:

  • Serbuk kakao
  • Gula kelapa
  • Gula tebu asli
  • Garam Himalaya
  • Susu

Cara penyediaan:

– Kisar serbuk kakao, gula kelapa, gula tebu dan garam, kemudian campurkan dengan susu. Sedia untuk dihidangkan.

3. AIR LEMONRANGE

RESEPI AIR TANPA GULA

Bahan-bahan:

  • Buah lemon
  • Buah oren
  • Madu
  • Air

Cara penyediaan:

– Kisar kasar buah lemon, buah oren dan air, kemudian tambah madu. Sedia untuk dihidangkan.

4. AIR SARSI

RESEPI AIR TANPA GULA

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

– Rebus kayu sarsi, gula, molasses, dan pandan dan air, sejukkan. Sedia untuk dihidangkan.

5. AIR KORDIAL OREN

RESEPI AIR TANPA GULA

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

– Masak perahan air oren dan madu/gula, kemudian bancuh dengan air. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan di atas boleh dibeli di Shopee atau di kedai runcit. Semoga artikel ini memberi manfaat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×