Dapur

Cara Pilih 11 Jenis Buah Oren Mandarin Yang Ada Di Pasaran Sempena Tahun Baharu Cina

56
SHARES
jenis buah oren

CARA PILIH JENIS BUAH OREN MANDARIN

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, pembelian buah limau sudah pasti menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya, buah limau ini bukan sahaja digunakan ritual masyarakat Cina, malah menjadi simbolik untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya membeli buah limau untuk dimakan.

Tetapi, bila tengok ada macam-macam jenis buah oren di pasaran pasti pening kepala nak pilih kerana tak tahu yang mana rasanya sedap bukan? Oleh itu, berikut merupakan 11 jenis buah oren mandarin yang ada di pasaran sempena Tahun Baharu Cina.

Baca juga: Resepi Puding Buah Kastard Viral, Nak Buat Mudah & Hasilnya Nampak Mahal!

CARA PILIH 11 JENIS BUAH OREN MANDARIN DI PASARAN

1.PONKAN

jenis buah oren

Asal: Taiwan

Rasa: Kebanyakkan limau Ponkan akan mempunyai rasa manis dan sedikit masam di hujung lidah namun Ponkan tidak mempunyai jus yang banyak seperti Lukan.

Ciri-ciri: Saiz sebiji Pokan lebih kurang saiz tapak tangan dewasa. Ini bermakna ia agak besar dengan kulitnya yang licin. Namun, ia menjadi pilihan paling popular di pasaraya.

2.LUKAN

Asal: China

Rasa: Bukan sahaja untuk makan, limau Lukan sesuai digunakan sebagai ramuan dalam masakan kerana jenis limau ini tidak mudah hancur. Bukan itu sahaja, rasanya juga manis!

Ciri-ciri: Lukan bersaiz lebih kecil dari Ponkan, kulit lebih nipis dan menggerutu. Adakalanya, terdapat tompok hitam pada kulit.

3.SWATOW

Asal: China

Rasa: Lebih masam

Ciri-ciri: Mempunyai saiz yang lebih besar dari saiz Ponkan dan Lukan malah kulitnya juga lebih tebal.Walaupun sukar dikupas, ia mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan berbanding limau mandarin lain.

4.KINNO

Asal: Pakistan

Rasa: Sangat manis

Ciri-ciri: Berkulit licin dan banyak biji. Berukuran 7 hingga 8cm dan sesuai dijadikan minuman koktel, bahan masakan dan bakar.

5.MIKAN

Asal: China

Rasa: Dalam kesemua jenis limau mandarin, jenis Mikan merupakan yang paling masam dan aroma citrus yang sangat kuat.

Ciri-ciri: Merupakan jenis buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain dan mempunyai kulit nipis kekuningan. Namun, Mikan hanya mampu bertahan selama 2 minggu sahaja selepas masak ranum. Tiada biji.

6.CLEMENTINE

Asal: Mediterranean

Rasa: Sangat masam.

Ciri-ciri: Mudah dikupas, agak berair dan tiada biji. Mempunyai nama yang kedengaran mewah, sudah pasti jenis limau ini sering diimport dari Eropah dan harganya pun boleh tahan mahal.

7.MANDELO

Asal: Amerika Syarikat

Rasa: Sangat manis dan berair malah mempunyai rasa seakan campuran buah pomelo dan limau gedang! Walaupun mempunyai rasa sedikit pahit tetapi tidak mengapa sebab enak.

Ciri-ciri: Sebesar limau gedang (grape fruit) mempunyai kulit kuning-hijau nipis dan banyak biji.

8.DEKOPON

Asal: Jepun

Rasa: Mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain, limau Dekopon tidak mempunyai biji dan rasanya manis serta segar. Bukan itu sahaja, setiap ulas dan limaunya lebih lembut dan berkualiti.

Ciri-ciri: Warna kulitnya sedikit cerah dan permukaanya kasar. Terdapat benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai dan senang dikupas.

9.HONEY MURCOTT

Asal: Amerika Syarikat.

Rasa: Sederhana manis, sedikir berair, rendah asid dan kadang-kadang tawar.

Ciri-ciri: Kira-kira 9 cm lebar, agak gemuk dan mempunyai kulit yang melekat tetapi nipis dan ada beberapa biji.

10.SOUR ORANGE

Asal: Jepun

Rasa: Tekstur masam, tak sesuai dimakan mentah.

Ciri-ciri: Kira-kira 7cm, warna seperti oren kekuningan. Digunakan secara tradisional untuk membuat marmalade, kuih-muih, minuman keras, ekstrak dan minyak wangi.

11.TANGERINE

Asal: China

Rasa: Jenis limau manderin yang paling digemari dan paling popular kerana rasa dan aromanya. Namun rasa manisnya tidak bertahan lama. Setalah seminggu dipetik, rasa enaknya semakin berkurangan.

Ciri-ciri: Saiznya hanya 1/3 daripada saiz Ponkan, kecil. Kulitnya nipis namun sangat mudah untuk dikupas.

Sumber: New Straits Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×