Dapur

Resepi ‘Fish Noodle Soup’ Menu Makanan Cina Yang Jadi Idaman Ramai, Sekali Hirup Nak Lagi!

11
SHARES
fish noodle soup

Setiap kali berkunjung ke restoran masakan Cina Muslim, menu berkuah atau sup sudah pasti menjadi kegemaran kerana rasanya yang sangat menyegarkan. Antara menu bersup yang menjadi pilihan adalah Shark Fin Soup dan ABC Soup. Namun, selain itu ada satu menu dipanggil Fish Noodle Soup yang tidak semua restoran Cina Muslim sediakan.

Sudah pasti bagi penggemar makanan sebegini pernah merasanya dan masih teringat-ingat tentang keenakan menghirup kuah sup mee ini bukan? Tak perlu susah-susah keluar mencari restoran yang menyediakan menu ini kerana anda pun dah boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya!

Baca juga: Resepi Sambal Bawang Goreng Udang Kering, Boleh Buat Stok Untuk Simpan Berbulan-Bulan!

RESEPI FISH NOODLE SOUP, POPULAR DI RESTORAN CINA

BAHAN-BAHAN

– Fish Fillet
– Bihun besar (atau ikut suka lah nak guna mee apa pun yang anda suka)
– Susu Cair
– Stok Ayam / Stok Ikan Bilis
– Daun Bawang
– Tomato
– Halia
– Lada Sulah
– Minyak Bawang
– Chilli Flakes
– Tamauhu Jeoun
– Air

CARA-CARANYA:

1.Mee ramen tu adalah sama saja macam mee kuning. Kira mee kuning versi mee putih. Dalam tu ada 3 paket yang mana 1 paket tu boleh makan 1-2 orang. Boleh beli di mana-mana supermarket. Sebab kalau ikut Chinese Style, mereka guna bihun gemuk. Bihun gemuk tu kena rebus sekejap dalam air panas. Saiz dia lebih kurang angle hair. Ikan dalam gambar ni adalah ikan talapia.

fish noodle soup

2.Lepas filletkan ikan talapia ni, potong kecil-kecil dan gaulkan dengan tepung jagung. Ikan ini anda boleh ganti dengan ikan-ikan lain. Ikan yang mana bila dia goreng, mudah garing atau ikan yang sedap digoreng garing dan isi putih. Jangan guna ikan cencaru atau tongkol pula.

fish noodle soup

3.Deep fried….deep fried. Tolonglah jangan buat deep fried tapi minyak macam nak goreng telur mata. Kena minyak banyak!

4.Goreng sampai betul-betul garing. Macam mana nak tahu dah betul-betul garing? Bila tepung jagung yang putih melepak tu dah jadi warna coklat. Dia akan jadi rangup.

5.Dengan menggunakan 1 sudu besar minyak bekas goreng isi ikan tadi, Tumiskan 4 keping halia yang dihiris nipis. Sedap guna claypot atau periuk, baru ada feel cina sikit.

6.Bila halia dah mula garing dan naik bau, masukkan 500ml air

7.Masukkan 1½ serbuk pati ayam atau pati ikan bilis, sedikit lada sulah dan masukkan crab mushroom (optional) dan tauhu Jepun.

8.Masukkan 4-5 sudu besar susu cair. Susu cair yang saya guna adalah Marigold sticker warna hijau tu. Ingat ya nisbah dia 1 sudu besar susu = 100ml air

9.Masukkan separuh biji tomato yang dihiris dan renehkan sampai mendidih. Kalau nak masam lagi, boleh lebihkan sikit tomato.
Jangan lupa masukkan tauhu jepun ye. Tutup api dan masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi.

10.Masukkan mee dan daun bawang. Specialnya mee ramen ni, cukup hanya bilas dengan air je. Tak payah celur dengan air panas. Tak rasa bertepung pun ya. Titiskan minyak bawang dan chilli flakes untuk sedikit kepedasan.

*Sedapnya! Selamat mencuba!

Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×