Dapur

Resepi Pai Tee Ala Chicken Rice Shop, Krup Krap Bunyi Rangupnya & Sedap Sangat!

13
SHARES
resepi pai tee

Setiap kali berkunjung ke restoran yang menjual nasi ayam pasti tidak ketinggalan untuk memesan salah satu menu sampingan bernama Pai Tee. Mempunyai rasa yang rangup serta penuh dengan sayur, menu ini juga bagus dihidangkan untuk anak-anak yang baru sahaja nak belajar makan sayur. Jadi, mak-mak semua kena tahu resepi pai tee ini supaya boleh buat di rumah.

Berikut merupakan perkongsian resepi pai tee ala-ala salah sebuah restoran nasi ayam yang popular, Chicken Rice Shop yang menjadi kegilaan ramai. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Chili Oil Macam Restoran Cina Muslim, Elok Kejadiannya Berminyak & Pedas!

RESEPI PAI TEE ALA-ALA CHICKEN RICE SHOP, PUAS MAKAN!

resepi pai tee

Pai Tee ala-ala Chicken Rice Shop, krup krap kulitnya..puas anak-anak makan. Nah share resepinya ya di sini:

Untuk kulit :

-1 cawan tepung beras
-2 sudu besar tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-1 cawan air
-Sesudu kecil air kapur
-Sedikit garam
-Sebiji telur

resepi pai tee

Caranya:

1.Campur semua adunan, kacau hingga sebati.
2.Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang. Cara step by step boleh tengok di gambar.

Untuk inti:

-Sengkuang + karot + timun ( potong halus dan memanjang)
-Bawang putih + bawang merah untuk menumis
-Isi udang/ayam kisar

1.Tumis bawang , masukkan isi udang/ayam
2.Masukkan sayur yang dipotong tadi, kacau sekejap ja dan tutup api

*Untuk sos, boleh buat macam sos nasi ayam. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Kunyit, Setiap Kali Nak Menggoreng Hanya Cedok & Lumur Je!

Sumber: Zaliha Zaliha Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×