Dapur

Resepi DIM SUM ‘Homemade’ Mudah, Lebih Sedap & Puas Makan Anak-Beranak!

1
SHARES
resepi dimsum

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Jadinya, jika anda salah seorang peminat makanan ringan ini, apa kata cuba resepi dimsum oleh Kak Her.

Orang kata, hasil air tangan sendiri lebih baik dan sedap. Malah, anda sendiri boleh adjust saiznya dan mengetahui kandungan bahan yang dimasukkan sewaktu penyediaan dim sum.

Baca juga: Resipi SAYUR JERUK Tahan Berbulan, Campur Dalam Asam Pedas Lain Macam Enaknya!

RESEPI DIMSUM

resepi dimsum

Gambar: Kak Her

Anak-anak aku hantu dim sum.  Nak beli satu pek frozen itu, garu kepala juga lah. Al maklum, rakyat ramai. Maka ini cara mudah dan berbaloi.

Sebelum ini aku cuba buat kulit popia itu guna campuran tepung……hambar. Terus malas nak buat. Tapi bila buat cara ini, senang pula.

Siapa suka makan dim sum, pastu terkulat-kulat nak beli dekat luar, maka buat sendiri sahaja lah.

Baca juga: Resepi AISKRIM CUP Mudah & Menarik, Boleh Suri Rumah Buat ‘Side Income’!

Bahan-bahan inti ayam:

  • Ayam kisar Ramly 400g ** (nak tukar isi udang pun boleh)
  • Crab stik (pilihan)
  • Carrot parut
  • Daun bawang hiris
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Suhun (rendam air panas, biar lembut gunting halus – pilihan)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu tepung jagung
  1. Semua bahan digaul rata.
dimsum

Gambar: Kak Her

Kulit:

  • Kulit popia Vietnam
  1. Gunting macam dalam gambar, ikut keperluan sikit-sikit.
  2. Setiap 4-6 helai rendam air sejuk. Jangan rendam banyak-banyak nanti lembik melekat, buat sikit-sikit.
  3. Kulit dah agak lembut terus ambil inti ayam dan balut macam dalam gambar. Sampai habis kulit yang direndam, ulang step atas sampai habis inti.
  4. Lumur minyak masak atas pinggan supaya dimsum tadi tak melekat. Lumur setiap biji dengan minyak.
  5. Kukus sekali dengan pinggan ikut muatan saiz periuk. Kukus dalam 15 minit.
  6. Nak goreng pun boleh. Terus goreng saja tak payah kukus. Goreng macam biasa sampai kulit kekuningan.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

Sos pencicah:

resepi dimsum

Gambar: Kak Her

  • Cili sos thai (tak kisah jenama apa, nak guna cili sos biasa pun boleh)
  • Kicap manis
  • Minyak bijan (sikit sahaja)
  • Biji bijan (pilihan)
  • Air suam
  1. Bahan agak-agak saja semua.
  2. Cuma kicap itu sukatan kurang dari sos. Contoh: sos 3 sudu + kicap 2 sudu.
  3. Kemudian, gaul sebati.
  4. Nak pedas letaklah cili padi.

P/s: Ada sahaja jual yang kulit instant tapi yang itu aku tak berapa suka nak pakai sebab baunya macam kimia sangat. Pakai kulit vietnam roll ini takda bau dan makan pun kenyal-kenyal saja.

Baca juga: Resepi KEROPOK IKAN BILIS Guna Nasi, Menu ‘Ngeteh’ Enak Bersama Keluarga!

Sumber: Kak Her

FT Image: InsanelyGoodRecipes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×