Masakan cina kebanyakannya memerlukan proses dan masa yang lama sebelum boleh dihidangkan. Tapi, tidak dinafikan ia memang sedap lagi-lagi apabila dinikmati bersama keluarga. Jadi, lelaki ini yang juga merupakan seorang doktor berkongsi resepi masakan cina iaitu ayam asap teh yang mudah, sedap dan dijamin sihat!
Ayam Asap Teh by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Zaman student dulu, saya ada belajar masakan cina daripada coursemate saya. Resepi yang saya paling aneh dia ajar adalah Ayam Asap Teh. Pelik sikit nama dia, tapi sedap.
Bahan-bahan perap:
½ ekor ayam
½ sudu kecil lada hitam
1 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu madu
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukup rasa
Bahan perasap:
3 uncang teh
3 sudu beras
3 sudu gula perang
Cara-cara:
1.Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
2.Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
3.Ni saya panaskan air untuk kukus ayam. Saya pakai api besar.
4.Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
5.Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
6.OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
7.Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
8.Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
9.Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
10.Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
11.Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
12.Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
13.Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
14.Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
15.Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
16.OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
17.Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
18.Menggiurkan tak? Makan dengan nasi ayam sedap ni! Kalau beri orang makan, mesti orang tertanya-tanya aroma apa yang kita bubuh pada ayam ni. Aroma dia memang membangkitkan selera.
*Tengok pun dah mengiurkan. Sedapnya…
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan