Dapur

Semak Logo Halal Malaysia Pada Makanan, Pastikan Ada Ciri-Ciri Yang Diiktiraf INI!

3
SHARES
logo halal diiktiraf jakim

Mendapat Pensijilan Halal Malaysia terutamanya dalam penjualan makanan amat penting dan wajib. Hal ini kerana logo halal diiktiraf JAKIM membantu membezakan antara makanan yang halal dan haram khususnya buat individu yang beragama Islam.

Oleh kerana ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mencetak dan menggunakan logo ‘HALAL’ tanpa mendapat pengesahan daripada pihak berwajib, berikut merupakan ciri logo halal yang diiktiraf anda perlu perhatikan. Tiada lagi ragu-ragu!

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

CIRI-CIRI LOGO HALAL DIIKTIRAF JAKIM MALAYSIA

logo halal diiktiraf jakim

Perkataan HALAL berasal dari frasa dalam bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibenarkan oleh undang-undang Islam.

Adakah anda kenal dengan logo halal Malaysia? Pastikan label Halal Malaysia mempunyai ciri-ciri berikut bagi mengelakkan kekeliruan dengan logo halal yang palsu dan tidak diiktiraf. Ciri-ciri yang boleh diperhatikan adalah seperti di bawah:

1.Perkataan ‘MALAYSIA’ dalam bulatan.

2.Bintang berbucu lapan di tengah bulatan.

3.Perkataan Arab “حلآل” di tengah bintang.

4.Dua bintang kecil berbucu 5, bagi memisahkan tulisan rumi dan Arab.

5.Tulisan ‘HALAL’ di tengah.

6.Tulisan ‘MALAYSIA’ ماليزيا dalam bahasa Arab.

7.Contoh nombor MS 1500

8.Nombor pendaftaran syarikat.

Berikut adalah terma-terma logo HALAL:

1. Tidak berpunca daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang diharamkan kepada orang Islam oleh undang-undang Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

2. Tidak mengandungi apa-apa bahan yang dianggap suci dalam undang-undang Islam.

3. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kekotoran seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang Islam.

4. Pada peringkat penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan, tidak bersentuhan dengan atau disimpan berhampiran apa-apa jenis makanan yang tidak memenuhi kehendak para (s) (a), (b) atau (c) atau mana-mana bahan-bahan yang dianggap suci oleh undang-undang Islam.

logo halal diiktiraf jakim

*”PASTIKAN HALAL BARU BELI”

Baca juga: Cara Unik Kupas Buah Mangga, Bentuk Macam Bunga & Senang Nak Makan!

Sumber: JAIS, Portal Halal Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×