Dapur

Simpan Sayur & Dedaun Masakan Guna Teknik Sejuk Beku, Paling Lama Tahan Sampai 6 Bulan!

12
SHARES
simpan sayur

Setiap kali membeli sayur atau daun-daun bahan memasak, pasti tidak akan bertahan segar lebih dari seminggu di dalam peti sejuk. Kesudahannya, ada yang masih belum habis digunakan untuk memasak terpaksa dibuang dengan begitu sahaja. Namun, tahukah anda bahawa terdapat cara simpan sayur dan bahan masak ini menggunakan teknik sejuk beku yang dapat menambah ketahanan?

Berikut merupakan perkongsian tips dapur untuk menyimpan sayur dan daun-daun bahan memasak menggunakan teknik sejuk beku seperti simpan ikan dan ayam. Paling mudah sekali adalah setiap kali ingin digunakan, anda tidak perlu nyahbeku bahan tersebut!

Baca juga: Cara Simpan Tomato Paling Terbaik, Tak Sangka Selepas 2 Minggu Pun Masih Kondisi 10/10!

SIMPAN SAYUR ATAU DEDAUN BAHAN MASAK GUNA TEKNIK SEJUK BEKU

simpan sayur

Semenjak pengalaman sebelum ni masa raya nak cari bahan habis je, saya dah terbiasa buat dah ni bukan untuk waktu raya je. Saya dahlah bekerja balik lewat petang. Mudah bila prepare macam ni. Nak masak tinggal keluarkan, masuk terus dalam periuk/kuali.

-Daun kunyit
-Serai
Lengkuas
-Halia
-Kunyit hidup
-Bunga kantan
-Daun pandan
-Daun kesum

Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ini, iaitu:

# Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu.

#Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus.

#Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayurnya.

# Nak guna, tak payah basuh dah, terus campak je dalam kuali, periuk, tak perlu defrost dulu. Beku-beku tu masuk je dalam kuali/periuk.

#Kalau daun sup, saya suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.

#Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yang rangup.

simpan sayur

*Ketahanan? Selagi tak habis InshaAllah 3-6 bulan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Teknik Supaya Sayur-Sayur Yang Dibeli Lebih Tahan Lama, Ada Yang Sampai Berbulan!

Sumber: Sheena Amit Rashid Kamsiran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×