Lengkuas merupakan antara bahan masakan yang tidak digunakan untuk semua jenis masakan. Jarang-jarang sahaja lengkuas ini digunakan namun setiap kali ingin dibeli di pasar, mesti dijual dalam kuantiti yang seketul besar. Oleh itu, kita kena tahu cara simpan lengkuas yang betul supaya tidak berlaku pembaziran bila tidak digunakan.
Terdapat satu perkongsian di laman Facebook tentang petua untuk anda simpan lengkuas supaya tahan lama. Dah berbulan-bulan pun masih elok dan ada aroma.
Baca juga: Cara Buat ‘Menu Legend’ Ikan Lengat Goreng Utara, Nampak Macam Hangit Tapi Rasa Padu!
PETUA SIMPAN LENGKUAS SUPAYA TAHAN LAMA
Petua simpan lengkuas. Saja la nak share petua dapur. Rasanya ramai yang dah tau tapi Kakzah bagitau pada hak muda-muda ni. Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan, tapi kalau tak ada lengkuas tak sedap singgang dan rendang nanti. Bau lengkuas ini kalau dalam singgang terus rasa nak ambil nasi.
Lengkuas yang jual dekat kedai itu selalunya seketul besar. Tapi, nak guna 5/6 hiris je. Ni Kakzah ajar cara nak simpan lengkuas.
1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.
4. Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ini berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
*Lepas ini lengkuas tak perlu dibeli selalu setiap kali nak masak kerana lengkuas yang lama pun masih elok disimpan.
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Sedap, Kulit Ayam Jadi Berkilat Guna Teknik Celup, Angkat & Rendam!
Sumber: Faizah Husain