Dapur

Resepi Nasi Ayam Sedap, Kulit Ayam Jadi Berkilat Guna Teknik Celup, Angkat & Rendam!

193
SHARES
resepi nasi ayam sedap

Setiap kali berkunjung ke restoran atau kedai makan yang terkenal dengan nasi ayam sedap, pastinya kita akan tertanya-tanya apakah resepi nasi ayam sedap yang digunakan sampai nasi tersebut menjadi begitu enak. Bukan itu sahaja, macam mana dibuatnya sampai kulit ayam tersebut menjadi elok dan berkilat?

Tak perlu tertanya-tanya lagi kerana bagi mendapatkan nasi ayam sedap sebegitu anda boleh masak sendiri di rumah dengan mengikut resepi dari Puan Nor Seri Azalina ini. Macam kedai!

Baca juga: Peniaga Kongsi Petua Pilih Ikan Pari Yang Segar, Tak Ada Langsung Bau Hancing!

RESEPI NASI AYAM SEDAP, KULIT AYAM JADI BERKILAT GUNA TEKNIK INI

resepi nasi ayam sedap

Ada yang tanya sis, macam mana nak buat kulit ayam tu cantik, berkilat dan kulitnya melekat dan tidak tertanggal? Untuk kulit yang cantik dan berkilat serta tak tertanggal, kita guna teknik celup, angkat dan rendam dalam air sejuk. Mat salleh cakap (dipping, lifting and soaking techniques)

1.Caranya panaskan air dan perasakan dengan garam, halia, bawang putih, kiub ayam, daun bawang dan daun sup. Bila dah panas menggelegak, celup ayam menggunakan penyepit ke dalam air tadi dalam satu minit, kalau ayam banyak masukkan je semua pastikan air banyak.

2.Masuk seminit dan angkat pakai penyepit, tunggu seminit dan kita akan nampk kulit tu melekat dengan daging, kemudian celup lagi buat tiga kali.

3.Last sekali celup ayam dalam air sejuk, bila ayam dah sejuk, masukkkan semula dalam 35 minit smpai ayam masak…insyaAllah kulit ayam tak tanggal dan melekat cantik. Cara nak tahu ayam dah masak..keting ayam tu dah pecah sedikit..

4.Dah masak nanti perasakanlah dengan kicap karemal ( untuk effect warna cantik) gula perang ( gula merah pun boleh) sos tiram, garam, serbuk cili babas ( penyumbang kepada warna merah) 4 sudu madu ( saya pakai yang dekat kedai eco je), halia dan bawang putih tumbuk serta 2 sudu minyak masak. Gliss rata ada ayam… kemudian baru bakar..suhu 180′ c..

5.Agak-agak kulit dah brown cantik boleh keluarkan…sebab dalam ayam tu dah rebus dan dah masak…

#Nasi Ayam

-5 pot beras
-1 pot beras pulut
-Halia
-Serai 2 batang
-Bawang merah hiris
-Bawang putih hiris
-Minyak setengah cawan, margerin 1 sudu besar tumis dengan ketulan lemak ayam
-Daun sup
-Daun bawang
-Daun pandan
-Garam
-Air rebusan ayam

#Bahan Gliss Ayam

-Kicap karemal ( untuk warna kulit ayam yang cantik)
-Kicap cair
-Minyak bijan
-Serbuk cili babas ( untuk warna cantik)
-Madu 4 sudu
-Gula perang
-Halia tumbuk lumat
-Bawang putih tumbuk lumat
-Stok ayam
-Minyak 2 sudu + margerin 1 sudu ( untuk effect kulit ayam garing)
-Lumur ayam yang dah direbus dengan bahan gliss sebelum dibakar pada suhu 180’C sampai nampak garing bahagian atas…ayam tu dah masak jadi kita kena golden brown kan je dalam oven, kalau tak ada oven boleh je bakar atas kuali…balik balikkan supaya tak hangus..

#Kuah Kicap

-Gula karemalkan, bila dah jadi karemal masukkan air rebusan, kicap karemal, kicap cair, minyak bijan setengah sudu, sedikit garam, masak sehingga mengelegak. Kemudian bancuh 2 sudu tepung jagung dan masukkan dalam kuah kicap untuk pekatkan.

#Sambal nasi ayam

-Cili merah besar, cili merah kecil, bawang putih, cuka sesudu, limau kasturi 3 buah buang bijinya..blender sekali dengan kulit, gula, garam, sos tomato, sos cili…blend dengan air rebusan ayam. Kemudian masak sampai mendidih.

#Sup ayam

-Pakai air rebusan ayam
-Cuka sesudu
-Garam
-Bawang goreng
-Daun sup
-Daun bawang
-Lada putih ( lada sulah)

resepi nasi ayam sedap

*Nampak menyelerakan bukan? Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Supaya Jadi Lembut & Berkilat, Senang Nak Buat Kenduri!

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×