Setiap kali membuat pembelian barang keperluan rumah, sayur-sayuran merupakan antara barang penting yang pasti tidak akan dilupakan. Namun, sayur yang baru dibeli 2 hari nampaknya sudah layu dan tidak sempat untuk dimasak. Macam mana nak bagi sayur tahan lama?
Mungkin ada yang telah mencuba beberapa teknik untuk menjadikan sayur yang dibeli lebih tahan lama tapi tidak menjadi. Terutama sekali cili dan sayuran hijau, berikut merupakan cara yang anda boleh lakukan supaya sayur-sayuran yang dibeli di pasar masih kekal segar walaupun seminggu!
Baca juga: Cara Simpan Lengkuas Supaya Tahan Berbulan-Bulan, Bila Masak Masih Ada Aroma
TIPS SAYUR TAHAN LAMA DALAM PETI
Sebelum ni ada yang tanya mummy macam mana cara mummy simpan stok sayur dalam peti. Untuk stok frozen mummy dah pernah tunjuk kan. So bahagian sayuran pula, ini cara mummy simpan. So far untuk taugeh, dan sawi hijau paling lama pernah tahan lebih seminggu. Tak pernah sampai berbulan sebab selalu memang akan terus masak je. Macam halia, lengkuas, sebulan lebih masih segar. Rasa 2 bulan pun pernah simpan dan masih elok.
Ada yang kena balut dengan tisu lembap. Ada yang kena letak air. Ada yang kena letak tisu untuk serap wap air. Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.
Cara simpan kobis, brokoli dan yang seangkatan dengannya, nak tahan lama, kena lapik dengan tisu basah pada ‘akar’ dia. Lepas tu, baru wrap dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok. Yang penting, semua sayur ni jangan biar terdedah atau just sumbat dari plastik masa beli kat pasar tu. Kalau buat macam ni, tak smpai 3 hari pun salad atau sayur hijau boleh layu.
Kalau kata peti sejuk kecil, tak muat letak dalam bekas, tidak mengapa, boleh guna kaedah simpan dalam plastik putih. Balut surat khabar atau tisu je pada setiap sayur sebelum masukkan dalam plastik. Pastu, susun la dalam peti ikut kreativiti masing-masing.
1.Cili
-Basuh dan bilas, buang tangkai lada
-Keringkan dan masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
2.Bawang
-Lapik bekas dalam kertas
-Letak arang untuk serap lembapan
-Lapik dengan kertas di atasnya. Susun bawang di atasnya.
3.Tomato
-Rendamkan dalam air yang diletakkan garam
-Keringkan dan letak sahaja dalam bekas terbuka di luar
4.Salad
-Cuci salad
-Keringkan dan simpan dalam ziplock bag
-Simpan dalam peti sejuk
*Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat ‘Menu Legend’ Ikan Lengat Goreng Utara, Nampak Macam Hangit Tapi Rasa Padu!
Sumber: Shuhada Alim