Dapur

Tak Susah Buat Pes Tomyam Homemade, Rasa Tetap Padu Dan ‘Kaw’ Bila Guna Resepi Ini

100
SHARES
pes tomyam homemade

Buat peminat makanan Thai, menu tomyam sudah pasti tidak asing lagi dari menjadi menu santapan harian. Bukan sahaja dibeli di luar, malah semestinya anda menjadi pakar dalam memasak tomyam juga di rumah. Namun, perasan atau tidak ada beberapa jenis pes tomyam yang sedap dimasak dan ada juga yang kurang sedap. Jadi, dari pening-pening nak pilih yang mana satu lebih sedap apa kata kita buat pes tomyam homemade sahaja. Macam mana?

Ada satu perkongsian dari Nadirah Othman di laman Facebook berkongsikan cara untuk anda buat sendiri pes tomyam seperti pes yang dibeli sama ada dalam Malaysia atau dari Thailand. Yang penting, pes yang dimasak sendiri ini rasanya tetap ‘onz’ macam yang dimasak oleh tukang masak Thai!

Baca juga: Cara Simpan Lengkuas Supaya Tahan Berbulan-Bulan, Bila Masak Masih Ada Aroma

PES TOMYAM HOMEMADE, SEDAP MACAM KEDAI!

pes tomyam homemade

Bahan-bahan :

-1 genggam cili kering (hot chilli) bagi yang suka pedas. Yang tak suka pedas boleh guna cili gemuk
-1 biji bawang merah sederhana besar
-10-15 helai daun limau purut. Ambil daunnya sahaja. Batangnya pahit
-3-4 ulas bawang putih
-1/2 inci belacan (optional)
-1 biji limau nipis sederhana dibuang bijinya
-5-7 batang serai
-1 inci lengkuas
-Garam
-Gula kelapa
-1 sudu kecil cuka apple

Cara-cara :

1.Kisar semua bahan ini sampai hancur.

2.Kemudian masak atas dapur sampai pecah minyak.

3.Masukkan garam, gula kelapa dan 1 sudu kecil cuka epal.

4.Sejukkan dahulu. Kemudian boleh simpan dalam peti.

pes tomyam homemade

*Nampak menyelerakan bukan? Boleh buat di rumah nanti dan rasanya tetap ‘menyengat’!

Baca juga: Cara Buat ‘Menu Legend’ Ikan Lengat Goreng Utara, Nampak Macam Hangit Tapi Rasa Padu!

Sumber: Nadirah Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×