Siapa memang ‘hantu’ tomyam dekat sini, angkat tangan! Memang tomyam yang merupakan makanan yang berasal dari negara Thailand ini sudah menjadi kegemaran rakyat di Malaysia juga. Juadah ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk semasa makan tengahari ataupun malam. Malah, kalau nak hirup macam tu saja pun memang sedap! Jadi, jom kita cuba resipi tomyam yang telah mendapat berbelas ribu perkongsian di Facebook. Menjadi atau tak tu, jom kita cuba!
PERKONGSIAN RESIPI TOMYAM YANG ‘CONFIRM’ SEDAP!
Post ni panjang sikit sebab ramai yang tanya macam mana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara-cara masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye. Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yang masam. Okay biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang dan takyah tunggu lama nak empuk mcm daging.
Nak bagitau awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pergi ambil stok kat sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah-belah utara sana and negeri yang dekat-dekat dengan sempadan sana mmg senang dapat.
Bahan-bahan wajib
– Bawang besar belah 4
– Cili api (ketuk)
– Daun ketumbar @ corriander leaves
– Daun limau purut
– Serai – diketuk
– Air asam jawa @ pes asam jawa
– Cili boh @ cili kisar
– Pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! Boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
– Ayam/daging/udang/sotong
– Carrot
– Cauliflower
– Baby corn
– Celery
– Buah tomato belah 4
– Cendawan
Cara-cara
• Masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
• Masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
• Masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
• Masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
• Masukkan serai yg diketuk.
• Masukkan daun limau purut.
• Masukkan carrot.
• Masukkan pes asam jawa adabi.
** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
• Masukkan garam.
• Masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• Masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
• Masukkan tomato – kacau sekejap.
• Tutup api.
• Masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.
Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Tips
~ Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur je semua
~ Saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dapatkan warna merah cantik, pedas.
~ Instead of perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yg terbaik!
~ Kalau ada daging, boleh masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sebab udang/sotong cepat masak.
~ Sayuran keras seperti carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ Buah tomato masukkan yang last dan tak perlu lama sebab dia cepat lembik
*Macam mana? Kecur air liur kan tengok masakan tomyam ni. Jadi, apa tunggu lagi, jomlah kita cuba resipi tomyam yang memang ‘kaw’ ni. Mesti seisi keluarga suka dan tambah berpinggan-pinggan nasi!
Sumber: Diana Amalia Nordin