Dapur

Asyik Masak Sweet Sour Je, Jom Try Buat Tomyam Siakap ‘Padu’ Macam Di Thailand Pula

408
SHARES

“Apa lagi lah nak masak dengan ikan siakap ni?”

Ikan siakap antara ikan yang boleh dimasak dengan pelbagai menu. Kalau selalu asyik dimasak sweet sour, 3 rasa dan stim limau, mesti dah bosan bukan? Oleh itu, apa kata anda cuba pula masukkan ikan siakap ini ke dalam menu tomyam pula. Selain tomyam yang biasa, tomyam siakap ini pastinya dapat memberikan rasa yang berbeza seolah-olah anda makan di Thailand!

Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai

Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur. Dah masak kena kemas pulak. Kan kan. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar. Banyak lauk nanti tak habis pulak.

1.Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.

2.Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

3.Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.

4.Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

5.Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

6.Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.

Sedap sehingga menjilat jari!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×